Sunday, November 15, 2009

Hati ini..

Hati wanita..
penuh dengan kelembutan..
walau sekeras mana pun sikapnya..
walau setinggi mana egonya..
bila berbalik pd hati..ianya seakan kain sutera..
cantik dipandang namun mudah terluka..
hati itu seakan keras..
sekeras kerak nasi..
namun akhirnya lembut jua jika sirami air..

namun..
hati itu jugalah..
yang bisa memafkan..
bisa bersabar..
walau apa saja rintangan y mendatang..
walau sekuat mana dugaan yang menimpa..
kerana hati wanita itu sudah lali teruji dgn pelbagai onar sepanjang hidupnya..

adakala..
hati wanita itu ingin dimengerti..
oleh insan y memahami..
hati wanita itu ingin dihargai..
walau hanya sekelumit..
hati wanita itu ingin disayangi..
utk lebih rs dikagumi..

hati wanita itu juga..
penuh dgn wajah2 insan y disayangi..
insan y dikagumi..
insan y sentiasa menemaninya...
sepanjang hidupnya..
dan mungkin hingga akhir hayatnya..

hati wanita itu..
penuh dengan parut luka..
namun ianya pasti terubat..
selari dengan waktu y berlalu..
bersama kebahagiaan yang disulam..
utk menyembuhkan segalanya...

hati wanita itu juga...
penuh dengan kemanisan & kebahagian..
namun ianya kadangkala pasti teruji..
dri y MAHA ESA..
namun ia sudah bersedia..
utk terima apa saja kemungkinan..

y akan berlaku pd hatinya..
kerana dia tau..
Tuhan itu sgt syg pada dirinya..

itulah hati wanita y bernama Siti Zawanah Mahadi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.