Monday, December 28, 2009

~SELAMAT MALAM~

Biarkan berlalu..
Semua kepedihanmu..
Lelapkan matamu..
Biarkan mimpi membawamu..
Ke mana kau mahu..

Selamat malam..
Tidurlah sayangku..
Siang kan tiba bercahaya..
Bermula baru semua untukmu..
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam..
Yang indah itu ada padamu..
Dengan setiap impian dan harapan..

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu..
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku..
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi..
Terhapus semua air mata dengan senyuman..

Monday, December 14, 2009

Sempena bday Amalina Haslyssa y ke 23...y tarikhnye dtg agak slow dan lambat ni(bajet dia muda sgt la tu)..huhu..aku nak ucapkan...
semoga pjg umo n dimurahkan rezeki selalu..
semoga ko semakin tabah menghadapi liku2 kehidupan y semakin mencabar ni...
semoga dipermudahkan urusan dlm segala hal...
semoga sihat2 selalu...
semoga semua impian ko akan tercapai 1 hari nanti sma ada dlm masa terdekat or lmbt lg..
semoga dipanjangkan jodoh dengan insan tersayang..
semoga sentiasa di bawah lindungan Ilahi...
semoga persahabatan kita kekal selamanya...
AMIN...

HAPPY 23rd BIRTHDAY

p/s:semoga 14 dis kali ini menjadi pengubat 14 dis setahun y lepas..aku ingat lagi!!!!!hehehhe...da~~~~

Tuesday, December 8, 2009

beaut:truth:love

" For every beauty there is an eye somewhere to see it.
For every truth there is an ear somewhere to hear it.
For every love there is a heart somewhere to receive it."

Sunday, November 15, 2009

My Abah & Abg Sepol's Birthday...

secara kebetulan..
pada 16 November adalah hari lahir org2 kesayangan aku iaitu abah "Mahadi Mohamed Ariff" dan abang "Mohd Shaifolnizham Mahadi"..short story pasal dua2 insan kesayangan aku ni..
abah...
sejak kecik lg..adik beradik sume rapat giler dgn abah..tp y peliknya mak kate..aku sorg je y taknak ngan abah..papehal sume nak ngan mak..hehe...sepanjang aku hidup..abah sgt byk berkorban..dia adalah ayah y terbaik..walau adakala aku terasa hati dgn ape y dia tegur..tp aku sedar tu sume utk kebaikan aku..aku tau abah syg aku...aku penah kena penampar dgn abah..hehe..ingat lg time tu aku drjah 4 kot..sebab aku ade buat sumthing y kuang ajo di mata dia..tu jela sekali aku kna penampar dia...
abah ni..dia ssh nak pamerkan kasih syg dia..nak ucap tu jao skali..yela name pon laki...mak selalu cta...dulu time aku dok asrama@hostel mak selalu call aku..tp sbnrnya abah y suruh..tp abah taknak ckp ngan aku..mak kate abah rindu..hehe..terharu gak..
lg 1 pasal abah..sush nak tgk dia mrh aku...tak taula nape..klo ade pape y dia tak puas hati..dia akan gtau mak..mak la y jd mangsa..then mak y akan sampaikan pesanan abah kat aku...sian kat mak...tp papepon..syg abah!!!
abg sepol..
beza umo aku ngan abg aku ni 8 tahun..dulu ms kecik2 aku dgn dia camtu2 jela...tp bila da semakin dewasa ni..bru aku rapat dgn dia...myb dulu jarak y terlalu jauh buat ktrg ade jurang..tp bila msg2 dah besar..msg2 ade cta then senang nak berkongsi..abg aku ni orgnya...baik..tp gaya ckp tu mcm nak mrh je..(pdhal dia tak mrh)..huhu..aku ingat lg..dgn abg aku ni dulu pon aku pnh kena sebat dgn hanger..ms tu darjah 5 kot...haha..sbb aku ni nakal sgt kot..tp sekali tu jela..lepas tu tak de dah..then 1 benda y paling aku tak leh lupe..ms form 3..aku nak dekat PMR..tp time tu aku ade bt hal skit y merisokan mak abah..then abg aku slow talk elok2 ngan aku..then aku sedar slh aku..aku pon terus tinggalkan perangai y tak elok tu..akhirnya aku berjaya dpt keputusan y agak baik...wlupun tak cemerlang sgt..hehe..thanks abg sepol..
so di hari ini..
aku ucapkan...
SELAMAT HARI LAHIR
semoga kalian dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki
sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat
sentiasa memberi kesihatan y baik kepada kalian
sentiasa melindungi kalian dri sebarang perkara y tidak elok..
LOVE ABAH & ABG SEPOL!!!

Makaroni Goreng Tomyam

untuk makluman korg..aku ni mmg suka memasak (ikut mood rajin gak)..hehe..then aku suka mencuba resepi2 y baru (buat resepi sendiri oter dri resepi asal..)..then inspirasi asal resepi ni adalah timbulnya di gerai mkn sek 2 shah alam..hehe..ade 1 hari tu aku g mkn dgn akak opis aku gak..nmpk sorg mamat ni mkn ns goreng tomyam dgn cukup berselera..aku pon nak try aplly kat makaroni aku..sbb selama ni aku goreng biase je..tp b4 ni aku tgk member aku si Muhamad tu pon syok je mkn nasi goreng tomyam ni..seriusly..mmg sedap resepi aku y ni!!!abg aku y tak mkn makaroni pon dah jd suka bila aku paksa dia mkn resepi aku ni..haha..thanks ye abg!!meh aku share resepinya...

bahan2 A:
bawang putih
bawang besar
buah tomato y masak
serai
bahan2 B:
cili boh
pes tomyam dlm peket
kicap
cili sos
garam
gula
daun limau purut
sayur-sayuran(ikut tekak masing2)
udang, sotong
telur
air
makaroni
**kuantiti ikutla kreativiti msg2..hehe
cara-cara masak:
1)kena rebus dulu makaroni (dlm air tu letak la myk skit n garam skit)
2)pastu dlm kuali lain tumis dulu bahan2 A..then dah wangi masuk plak bhan2 B..pastu dah agak2 best kuah tu masukkan la makaroni..eh lupa..nak lg cantik..goreng dulu udang, sotong ngan tlur tu..terlu tu hancurkan..dah last2 bru masukkan..sume ikot kreativiti ye...
pastu siapla dimakan...dijamin SEDAP!!!
SELAMAT MENCUBA
**tp kdg2 mknn y sedap tu dia tgk tangan gak..hehe**

Makaroni Cheese

nak dijadikan cta..ade 1 hari tu aku tersangatla teringin mkn western food..hehe..then ms g mkn dgn akak opis aku, ternampak 1 menu makaroni chese y sedap tu..tp aku tak order..aku mkn spagheti meetball..pastu esoknya aku teringat2 makaroni chese tu..tapi aku ni jeni klo nak..aku nak gak!!!(bak kata si dia)..hehe...aku pon g la ke supermarket..tp mls nak msk then aku beli je y instant pny makaroni cchese...itula rupenya bila dah jd (y kat atas tu)..seriusly nmpk mmg sedap!!tp bila mkn..Ya Allah..sedap tu sedap..tp dah masuk suap ke3 aku muak..hehe..aku pon mls dah nk mkn...aku ofer kat mak aku..tp rupa2nya mak aku ni lg pandai..dia g oter makaroni chese ni..tau tak dia letak pe??dia g campu dgn sambal ikan..haha...kombinasi agak pelik..tp serius sedap..takde rs muak sgt dah..sbb dia ade rs pedas2..pandai mak aku!!name pon org dah berpengalaman..terima kasihla kat mak sbb habiskan eh..hehe...tula cita makaroni chese aku...

Hati ini..

Hati wanita..
penuh dengan kelembutan..
walau sekeras mana pun sikapnya..
walau setinggi mana egonya..
bila berbalik pd hati..ianya seakan kain sutera..
cantik dipandang namun mudah terluka..
hati itu seakan keras..
sekeras kerak nasi..
namun akhirnya lembut jua jika sirami air..

namun..
hati itu jugalah..
yang bisa memafkan..
bisa bersabar..
walau apa saja rintangan y mendatang..
walau sekuat mana dugaan yang menimpa..
kerana hati wanita itu sudah lali teruji dgn pelbagai onar sepanjang hidupnya..

adakala..
hati wanita itu ingin dimengerti..
oleh insan y memahami..
hati wanita itu ingin dihargai..
walau hanya sekelumit..
hati wanita itu ingin disayangi..
utk lebih rs dikagumi..

hati wanita itu juga..
penuh dgn wajah2 insan y disayangi..
insan y dikagumi..
insan y sentiasa menemaninya...
sepanjang hidupnya..
dan mungkin hingga akhir hayatnya..

hati wanita itu..
penuh dengan parut luka..
namun ianya pasti terubat..
selari dengan waktu y berlalu..
bersama kebahagiaan yang disulam..
utk menyembuhkan segalanya...

hati wanita itu juga...
penuh dengan kemanisan & kebahagian..
namun ianya kadangkala pasti teruji..
dri y MAHA ESA..
namun ia sudah bersedia..
utk terima apa saja kemungkinan..

y akan berlaku pd hatinya..
kerana dia tau..
Tuhan itu sgt syg pada dirinya..

itulah hati wanita y bernama Siti Zawanah Mahadi

Thursday, November 12, 2009

Ape beza sahabat, kawan, rakan dan kenalan??

Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan.

Sahabat
Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.

Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.

Kawan
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


Kenalan
Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.

Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

saya mmg rmi kawan, rakan dan kenalan...tapi...sahabat yang sejati susah dicari..senang utk cari kawan y selalu kongsi kegembiraan tapi sukar utk mencari kawan untuk kongsi kesedihan...saya tau saya pon tak sempurna tapi sekurang-kurangnya saya menghargai org2 sekeliling yang menghargai saya...

saya baru sedar..ade segelintir org y saya anggap sahabat semala ini, rupa-runya hanyalah sekadar kawan sahaja..kerana dia hanya tunjukkan ciri2 sebagai kawan pd saya selama ni...

Friday, October 30, 2009

~Coretan buat insan yang disayangi & dihormati~

31 OKTOBER 1986
lahirlah seorang bayi laki y konon2nya cutela..hehe..dengan penuh kepayahan Pn Fazilah & En Sharil membesarkan anknya y sorg ni...


31 OKTOBER 2009
Hari ini genaplah usia dia 23 tahun..di hari yang istimewa buat dia, ingin ku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR...semoga ulangtahun kali ini memberi seribu kemanisan kepada dia...


~semoga panjang umo & murah rezeki~

~semoga dipermudahkan semua urusanmu sama ada di dunia ataupun akhirat ~

~semoga semua impian & cita-citamu akan dimakbulkan Allah suatu hari nanti sama ada dalam ms terdekat atau lama lg~

~semoga semakin matang dan tabah mengharungi hidup y lebih mencabar ni~

~semoga sentiasa diberi kesihatan y baik agar dpt meneruskan hari-hari y mendatang dgn lebih sempurna~


DIA adalah kawan, sahabat, rakan, kekasih...
dialah tempat bercerita, gelak, menangis, mengadu, mengutuk, membuli, memerli...hehe
semoga Allah memudahkan jalan kami..

insyaAllah...

kami hny manusia biasa, hny mampu merancang tp Allah y tentukan segalanya..
kita bukan insan yang terbaik tp kita sentiasa cuba utk jd lebih baik dri semlm...
ku doakan semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan Ilahi...


*Selamat Hari Lahir*

Friday, October 23, 2009

~One of My Big Day~


on my big day with all my lovely ones family and friends..thanks a lot for those peoples that were always supporting me... =)




facing new phase in my life...WORKING..a lot of challenges and choice to make it..

Sunday, September 27, 2009

Tabah Seorang Teman

Tanggal 2 Syawal hari tu..dlm kul 7.15 am aku dikejutkan dgn panggilan tpon oleh sorg mmber..dia gtau ade tunang kpd membr ktrg ni telah kembali ke rahmatullah..innalilahiwainnailahirajiun...mmgla sgt sedih...bila org y tersayang tbe2 hilg sekelip mata..y palg tragiknye...dlm msa 3 mgu je lg dorg ni akn melangsungkan gri bahgia dorg...kad undangan baru je sampai hri tu b4 raya..tp yelakan...mmg dah tertulis y jodoh dorg smpi situ jer...hmmm....nak dijadikan cta...ape perasaan aku time dgr cta tuh???terkedu & sedih...yela kan bila kt try letakkn diri kt sendiri dlm situasi dia...msti rs terbeban...tp yela kan..bila dipkir2 blik tu sume dugaan dri Tuhan...pasti ade hikmahnye di sebalik sume tuh....aku tau kwn aku tu mesti lemah saat2 dia dgr berita kematian tunang dia tuh..tp aku gak tau..dia seorg y sgt tabah n kuat..klo tak Tuhan takkan bg dugaan ni kat dia...
2 hari lepas bru aku berkesempatan ziarah dia...tgk dia dak semakin kuat..cuma rs terkejut je tak hilg lg..yela kan...sekelip mata je Allah amik..tp takpela...berbalik kpd hukum alam..setiap y hidup pasti akn mati..cuma kt tak tau je bila n di mana...kdg2 aku tertanya2..mampukah aku setabah kwn aku tu klo aku diuji sebegitu rupa???astaghfirullah...tak dpt nak bygkan lah...rs tak sanggup nak pkir benda tuh...kt ni org sekeliling y tgk dia berat menaggung..tp dia y menanggung bebn hny Tuhan je y tau..
aku sbgi teman..hny mampu mendoakan agar Tuhan sentiasa memberi kekuatan kpd dia utk meneruskan hidupnya y msih pjg lg..insyaAllah...dan semoga Tuhan pelihara dia dari melakukan pkra2 y merugikan dirinya sndiri..AMIN..

~Syawal 2009~

Syawal 2009
penuh suka & duka
kenangan pahit & manis bersatu
tp y pastinya..
kan ku abadikan dan semat di ingatanku hanya kenangan y indah2 shj..
kenangan y pahit..
ku lontar jauh di sana..
ku harap..
semoga dapat bertemu kembali
Syawal akan datang..
y lebih bermakna & penuh keberkatan..
insyaAllah..
beberapa keping foto istimewa khas utk dikongsi bersama kalian..


aku bersama baby muaz y usianya genap 1 tahun pd Syawal ini

family abg aku y sulong...bersama ank2 buah ku y dah menginjak dewasa..


family kakakku dan ank2 buahku y dah bsar2 rupenye dorg..huhu


aku bersama dgn mak abh,abg,akak iparku & ank buahku y asik nak buat muke cute jer..hehe
Aku simpan kenangan y manis di hati & ku buang jao segala kenangan y pahit...
Semoga berbahagialah keluargaku selamanya..
AMIN..

Tuesday, September 22, 2009

~Kunci kebahagiaan & kehancuran hubungan sesama insan di muka bumi Allah~

Kejujuran VS Tak Jujur

kejujuran adalah penting kerana bila kita jujur kita takkan ade niat nak menipu org..kerana klo kt berjaya tipu org pon..lame2 org akn dpt tau gakk...senang cta lame2 kt akn kantoi gak..bak kate pepatah.."sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah gak"..so beter pkir la byk kali b4 kite nak menipu org lain..terutama org y pnting dlm hdup kt..tak rugi kite bersikap jujur..tp tgk gak pd keadaan..jgn sampai kite terlampau jujur then smpi thp lurus bendul!!..huhu


Keikhlasan VS Tak Ikhlas

bila kita wat sesuatu tu dgn hati y ikhlas,kita akn rs senang dan tenteram..Allah pon akn lorongkan kita klo benda y kita wat tu btul..tp..klo kt wat sumthing dgn hati y tak ikhlas,benda tu takkan menjadi n kdg2 lebih truk lg adela...so dlm ape jua perkara samaada kerja,belajar,berkawan,bercinta..kita kena ikhlas..insyaAllah kebaikan akan di balas dgn kebaikan dri Allah...cuma lmbt@cepat je..


Memahami VS Tak Memahami

dlm dunia ni ade mcm2 karakter manusia...kdg2 tu rambut sume same hitam tp hati lain2..ade y kite nmpk org tu baik je...tp hakikatnye kite tak tau btol ke dia bek n camtu gak sebaliknye..tp...sbgi manusia biase utk kita mesti memahami antara 1 sm lain..sama ada antara keluarga..kwn2..kekasih..suami isteri..bos n pekerja..sebb melalui persefahaman ni akn membawa kepada suatu keputusan y baik..jgn terlampau ikutka kepala otak sendiri jer..kdg2 tak sume benda y kite pkir tu btol..pendapat org lain pnting gak untuk kite nilai diri kite...klo rs benda tu btol..kt ikot..tp klo rs slh..kt abaikan je k..


Bersabar VS Tak Penyabar

mmg sush nak sbr..lgi2 klo kt tgh hadapi sesuatu y kritikal..sbr tu maksudnye menunggu...menunggu tu kan 1 penyiksaan..huhu..tp hakikatnye itulah y dituntut oleh Allah pd kita...sbb sume dugaan y Dia bg pd kt..dia nak tgk sejao mane n sekuat mane kesabrn diri kt...tp bla kt bersbr Tuhan akn bg ganjaran sbnrnye..tp kt y tak tau...sng cta ade hkmah la disebalik dugaan y dia nak bg..oleh tu selagi kt mampu bersabr..kenala sbr...tp klo dah smpai thp takleh sbr istighfar byk2...semoga kt dijauhkan dri bt sumthing y merugikan diri sndiri..


Tolak Ansur VS Tak Bertolak Ansur

bertolak ansur sesama manusia akn menjadikan kt lebh berperikemanusiaan n sentiasa tenang..tp kdg2 tgk gak la kes ape y nak tolak ansur tu..klo agak2 tak ptt kite kenala pndi2 cri jalan agr benda tu dpt setle nak sebaik2nya..tp jgn smpi kite kena pijak kepala dahla yer..


Toleransi VS Tak Reti Toleransi

toleransi ni kira org2 y leh dibwk berbincg..tak sume org leh bertoleransi..ade sesetengah tu rs dia sorg je btol..pdhal dia bukan malaikat ke Tuahan ke nak org asik ikot je ckp dia...kdg2 ssh bila berdepan dgn org y takleh trima pndpt org len..hmmm...jaoh2kanlah dri sikap camni..wat org nyampah je kat kt klo perangai cenggitu...

Thursday, September 17, 2009

Memohon Ketenangan

Di kala hati gundah gulana dek kerana urusan duniawi..kdg2 manusia terleka+hilang arah+hilang semangat....rs mcm takde tempat nak mengadu..pdhal y abadi tu ade..sesungguhnya manusia ada tempat yang abadi untuk memohon kekuatan dan ketenangan dri y MAHA ESA...alhamdulilah..kekusutan itu hilang sedikit..wpun tidak semuanya...tp kita harus memohon agar DIA memberi petunjuk dan jalan yang selurus2nya..membawa hamba2nya yang sgt lemah ni ke arah jalan y diredhai..dan sentiasa memelihara kita dari sebarang prkra yang slh dan merugikan diri kita sendiri....

Monday, September 14, 2009

Sejenak Terkenang - SEDIH


mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku
asal kau pun bahagia dengan hidupmu, dengan hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
cintaimu pun adalah bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu
diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku
memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

p/s:mlm td ada org tny pnh tak sy dgr lagu..then gtau kat dia pnhla..1st time dgr lagu ni kat cita Mutiara TV9 dulu..mmg touchingla cta tu..lagu pon best..pastu tnyla org tu nape dia suh dgr lagu ni??dia gtau lagu ni dia suke dgr time dia tgh kecewa dgn org y dia syg suatu ketika dulu...hmmmm...so kebetulan lagu ni ade dlm hp..sy dgr pny dgr..tbe2 SEDIH!!! sbb sy pnh lalui gak pe y org tu lalui... tak suka sgt teringat saat2 zaman gelap tu!!!!pedih+terluka+sakit+hampa+kecewa+putus harapan+hilang semangat...hmmm...tu mmg time down sy la...sy dpt rs ape y dia rs..thats why la sy rs sedih...SGT SEDIH..
tp sy tak sgka...dia tu sbnrnya btol2 syg kat org tu..oleh sbb2 tertentu dia tak dpt nak tnjukkan scr serius pd org y dia syg tu pe sbnrnya y dia rs..dia lbh rela simpan sendiri sampaila mcm2 perkra berlaku pd dorg...
akhirnya..masa & kedaan telah menentukan segalanya...dorg sedar slh dorg..masing2 ade slh sndiri..EGO..itulah musuh utama sbnrnya dlm suatu hubungan...tp yelakan..Allah tu MAHA PENYAYANG+ADIL..setiap ape y berlaku pasti ade hikmahnya..just kt je y tak tau..oleh itu kenala sbr byk2 ms Allah tgh nak kasi ujian pd kt...percyalah..suatu hri nnt pasti DIA akan beri sinar y kt sendiri tak sgka..then kt akn pkir...kesakitan y kt alami dulu akn berbaloi ble da smpi ms DIA bg kt sinar y DIA dah rncgkan pd kt....
sy doakan dorg bhgia & Allah permudahkan segalanya lepas ni...AMIN..
=)

Adli is turn to 1 years old this month~~

Si kecik y tengah kesangapan nak berjalan..
mentang2 bru pndi jalan..hehe
tgh dok men boling leh plak dia berjalandpn lane tu..
naseb tak ku lambung suh dia jatuhkan pin2..haha
Hai si mata bulat ni..geram!!!

Sunday, September 13, 2009

Coretan Ikhlas Buat Teman Tersayang...

Temanku...
aku tau kau rs sunyi skrg..
kau rs kehilangan...
aku tau dah berkali2 kau gagal dlm cinta..
tp...
aku jg tahu..
kau tabah sbnrnya teman..
wpon kau menafikan...
aku sedar...
kali ni mungkin kau diuji dgn lebih hebat..
walaupun sakit tu kau y tanggung..
tp aku dpt rasa ape y kau rasa...
kalu kau sedih..
aku sedih..
kalau kau kecewa..
aku turut rs keecwa..
kerana kau teman yang aku syg......

walaupun jarak dan masa memisahkan kt..
namun percayalah..
aku syg kau..
aku sentiasa ada di sini bila kau perlukan aku...
bukan setakat waktu senang..tp juga di waktu sedih..
aku cuba sedaya upaya utk tenangkan hati kau..
bg kata2 semangat..
hanya itu y aku mampu....

percayalah teman.....
setiap dugaan y kau hadapi..
sbnrnya adalah tanda kasih syg Allah pd kau..
selagi kt hidup di muka bumi ni..
selagi itulah Dia akan sentiasa menguji kt...

SABAR
itulah kuncinya....

Percayalah...
mmg sukar kau nak lupakan dia..
tp masa akan tentukan semuanya..
cuma di saat ni..kau kena kuat..
kerana ini adalah kemuncak kesedihanmu teman..
aku tau rs pedihnya..
kerna aku pnh alaminya....

Bahgiakah aku???
Nthla...bg aku..
aku lalui ape sj y Tuhan dah tentukan utk aku..
mungkin ini waktu bahgia aku...
tp aku pnh jugak ade waktu jatuh...
kerna Tuhan tu sgt Adil..
Dia takkan bg kt selamanya di atas...
kebahgian juga adalah satu ujian sbnrnya..
Dia nak tgk sejauh mana ingatan kt padaNya ketika kita sedang bahgia...

Semoga Tuhan kabulkan doa kau dan aku..
agar kau kembali seperti sedia kala...
jauh dri kesedihan..
bebas dri kekusutan...
kerna aku jua sgt terluka di kala kau terluka...

Pengubat Hati Di Kala Bengang Menghadap JAM!!!!

Jam:9.20 pm
Lokasi:Jalan nak U-Turn kat JJ Bukit Raja (ntah ape name jalan ni)
Mood:Letih+Penat+Kenyang
Motif Gambar:Nak Tunjuk Baby Comel.. =)


p/s:tgh dok tension2 traffic light tak hijau2 lg..tibe2 ternampak baby ni dok melekap kat cermin kete dia..hehe..klaka je baby..sejuk skit hati ni tgk gelagat dia..

~Beautiful Gift in Ramadhan~





:SGT CANTIK:
:LEH WAT HANTARAN..HEHE:
:ADA 2 TINGKAT:
:1ST - 4 JENIS KURMA:
:2ND - BUAH KIWI, TIN, KACANG HANCUR, SWEET:
:::::THANKS BOS!!!!:::::
p/s:raya kang g kuih ry plak eh..(sbb dah nmpk kat bilik dia..cantok wooo..color biru lg gift raya tuh..tu mmg sebijik leh wat hntaran..dasat2... =p

Salahkah Aku??

Adakah aku bersalah??
Aku rs tak..
Tp....
ish ntahlah...
Bahagiakah aku sebenar2nya jika org lain derita atas kebahagian aku???
Tp benar2kah aku bahagia??
Hmmm...
MIMPI
Kenapa selalu mimpikan DIA??
Ape petunjuk Allah nak bg sbnrnya??
Myb Allah nak gtau aku y DIA tgh derita dan sedih..
TP..
Aku pun penah rs ape y dia rase..
so,slhkah aku sbnrnya??
Ntahla....

Saturday, September 12, 2009

I'm Currently..

1. Ape y sy tgh bt dlm ms 2 mnit td?
- main waka-waka kat fb..

2. Ape nak buat dlm ms 2 jam akn dtg?
- Kemas umah kot..

3. Jam 11am smlm sy buat ape?
- drive from Putrajaya to Shah Alam

4. Ayat org y plik pd sy?
- "awk ni pagi2 dah hapy ye..senyum je.." kate penemuduga pd sy..
*adoyai..senyum pon slh ke...haha

5. Bp pasang bju rya sy tahun ni?
- 3 je..purple,orange,chocolate

6. Sy tak sbr nak...
- Raya!!!! then tgu hujung bulan ni for my comfirmation position of my job..

7. Benda pelik y sy alami lately ni..
- Mimpi org y tak sepatutnya..ish2 adakah ia nak mmbei pape prtunjuk??hmm..ntahla..

8. Benda y sy tak sangka terjadi pd sy...
- Mata dah kena pki spec!!tak sangka secepat ni mataku rosak..uwaaa!!!!!takleh trima
kenyataan lg ni...hmmmm

9. perkara y sedang merunsingkan sy?
- mane bil broadband tak sampai2 lg ni??dah kena warning tau...ish...

10. Kwn2 sy...
- Ade mcm2 karakter..y karakter cam haram tu mlsnak lyn..buat tak reti jer..huhu

11. Smlm sy...
- kua umah seawal 6.20 am utk g mtk pengesahan kat ketua kampung sbb nak g intvew kat
Putrajaya
- kat Putrajaya plak jam cam tahap gajah gak..huhu..mane tak dah sume org nak g keje..ish2..
- Sempt g cuci2 mata dok tgk bju raya pas intvew kat bwh tu..ade plak cam mini bazaar..tp
tak beli papepon..
- pastu bergerak pulg..pdhl bru kul 11 am..pkir2 nak half day cti ke tak..then amik kputusan
nak masuk kee..syg gak nak cuti..sbb cti tgl skit..ish2..
- pas waktu keje dah janji dgn si cuk nak buka same..plan pny plan..last2 buka kat kedai mkn
sblh opis jer..
- pastu pas mgrib balik umah..eh singgh jap g beli brg2 nak wat kuih raya..(conflakes madu &
coklat)
- then balik umah dgn niat nak trawih..huh,last2 aku ttdo smpi ke sahur..adoi!!isyak pon
lmbt..hehe..Astaghfirullah..

19 keistimewaan wanita mengikut hadis~

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20 PERKARA JANGAN ........

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya

Wednesday, September 9, 2009

I'm Currently..

1.What have you been doing recently?
> Bersahur bersama family..

2.Do you ever turn your cell phone off?
> pnahla...

3.What happened at 10am today?
> kejela...

4.When did you last cry?
> last 2 nite kot..bila tbe2 rs terharu..huhu

5.Believe in fate/destiny?
> yup..Allah dah tentukan takdir kt..

6.What do you want in your life now?
>Bahgiakan Mak Abah..
>Keje y dpt menampung hdup aku scukupnya..
>Tuhan permudahkan hub aku & dia..
>Jauhi dri anasir2 liar y mengganggu..

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
>adoyai..redah jela..takpon tgu smpi hujan stop je..(sbb takde dua2..)

8.What's your favourite thing to do on the bed?
> tdo..lipat kain..bergayut..berangan..bace magazine..

9.What bottoms are you wearing now?
>pki bju kelawar la..haha

10.What's the nicest things in your inbox?
>inbox hp..ade mesej2 y mnjadi saksi segala2nya bermula..huhu

11.Do you tend to make the relationship complicated?
>taknak da!!!pnat~~

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
>takde..

13.What was the last movie you caught?
>house on the left kot tajuk dia..adoi tak ingat dah..2 bulan tak tgk..

14.What are you proud of?
>myself..my family..also peoples who love me..

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
>bday wish kot..

16.What was the last song you sang out loud?
>Westlife-nothing gonna change my love for you

17.Do you have any nicknames?
>tak sgt...tp y plg comel my ex roomate pgl aku..mokjang..sweet je..

18.What does the newest text say?
>luv u..

19.What time did you go to bed last night?
> around 12.40 am

20.Are you currently happy?
>yes!! =D

21.Who gives you the best advise?
>family, bestfriends, officemate n HIM

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
>nope!

23.Who did you talk on the phone last night?
>Shyeliena adenan..

24.Is something bugging you now?
>Nope...

25.Who was the last person to make you laugh?
>hmm...si dia...ade je benda nak buat lawak..hehe

~Success~

"In order to succeed you must fail, so that you know what not to do the next time.. "

~LOVE~

"If you press me to say why I loved him,
I can say no more than because he was he, and I was I.."

Life..

"Your life is what your thoughts make it.."

Forgiveness..


"Forgiveness is a gift you give yourself...
Forgiveness is the economy of the heart... forgiveness saves the expense of anger, the cost of hatred, the waste of spirits..."

Tuesday, September 8, 2009

Miss So Much This Moment~~

~ Friends~



Kerja Kerajaan vs Swasta

setelah beberapa memperolehi peluang bekerja di sektor swasta..aku rs selesa..oficemate pon ok..tp rs cam nak mntk bos naik gji skit..haha =p

aku tbe2 jd confius...act target aku dlm kerjaya ni..aku nak timba pengalaman dlm kurg dri 5 tahun la utk keje kat private sector..sbb keje private ni challenge dia lain skit..tp aku tak ckp gov tak bgus...kononnya bercita2 nak bkk firm sndirila klo ade rzki (cita2 tnggi tu pnting)...then kenala ade pngalaman gak...tp pastu aku cam rs nak jd lecturer plak..tgu peluang TPM cam takde hrpn je...hati tu mmg kuat nak smbg mster tp duit plak takde..lgpon aku bru sgt keje..hmmmm

act skg ni aku jd celaru skit...pe sbnrnya y aku nak??mane2 gov ade kosong aku aply..aku g temuduga..tp tkut kot2 mane tau dpt..pe aku nak bg alasan kat bos aku skg ni??sbb aku cam rs nak keje dgn dia lama..nak timba ilmu n pengalaman sbyk y aku mmpu..sbb dia mmg sorg bos y bgus..aku respect dia!!tak lokek ilmu n pemurah plak tu (kecuali bb gji)..haha..

dia pnh la kias2 kat aku..dia tak kasi aku keje gov ni..dia soh dok dgn dia dlm 2,3 tahun...akak kat ofis tu pon ckp..dia bru je nak groom aku..sbb katenya aku ni ade gakla potensi..(wpon aku rs aku ni lembab)..huuhu...

ni y wat aku serba slh sgt2..tp papepon aku g gak intvw spa tok pegawai perancg 11hb ni...kdg2 aku tersepit gak dgn parents aku..dorg bukan men tak sbr2 nak suh aku keje gov..katenya nnt aku takdela asik balik mlm jer..riso la tu...aku kan ank pompuan..huh..ntahla..ni lately ni aku alami konflik dalaman..hmmm...

tp papepon y berlaku pasni aku tau Tuhan dah ade jln hdup utk aku...aku pcya ade sbb musabab if Dia nak bg sama ada ujian ataupon kegembiraan pd aku...btw y pnting bila aku dah bekeluarga nnt klo leh aku nak kerjaya aku biarla buatkan aku byk ms dgn famly..huhu~~

corat coret malam hari..

rasanya dah lame tak jenguk blog ni...bukannya ape just lately ni bz skit dgn bbrapa kewajipan y tak dpt dielakkan...sofar hdup aku ok..ade family y menyayangi aku..ade kwn2 y selalu menggembirakan,ada si dia y selalu di sisi...

semakin lama rs cam hdup ni sgt menarik..kdg2 hdup kt tak selalunya indah..pasti Tuhan akan uji tatkala Dia rs nak lihat sejauh mana tahap kesabaran n kekuatan hamba2nya..y pasti kita jgn sesekali mengalah..bila diingat2kan balik segala suka duka selama 23 tahun hdup aku ni..mcm2 pkra y dah berlaku..mula dri aku baby,masuk sek rendh,bertukar2 sek menengah,then masuk plak PLKN y temukan aku mcm2 org..mcm2 kenangan y tak dpt lupa...seterusnya ke fasa alam universiti..

universiti..di sini aku bertemu dgn pelbagai ragam manusia...hmmm..ade y baik, nakal, talam dua muka, gedik, kaki ampu...ntahla..manusia nak hdup ni mcm2 pkra dorg leh wat..kdg2 tak nak pkir perasan org sekeliling n org2 y syg dorg...

dah pnat study 5 tahun (beribu2 pengalamn waktu ni..huhu)..masuk plak alm pekerjaan..dulu time study bukan main excited sgt nak keje..ni bru je keje rs mmg study lg best....hmmm..tp yelakan..pape pon sume tu lumrah alam..we have to step forward...kenala hadap gak...

dah masuk alam pkerjaan ni..dah ade duit sndiri..tggjwb pon bertambbh..dgn parents lg..pastu pkir hala tuju kerjaya dan hidup...huh..sakit kepala kdg2 bila pkir..smpi nek migrain pon ade..huhu...

ape sbnrnya aku nak dlm hidup ni??pnh tak tny diri sndiri??kdg2 kita tau ape y kita nak..tp ade byk benda y menghalang..then kita stuck je kat 1 level y kita sbnrnya tak selesa...tp pape pon life must be move on...

so skg ni....

just go through ape y dah adela...grab any opportunity y datg..tp..ish..sush klo dah ade org mengharap n percya pd kita...rs payah..tu y tbe2 rs aku tak tau pe hala tuju hdup aku..hmmm..i mean dlm kerjaya aku..adoi~~

Wednesday, July 22, 2009

Kehilangan satu penyiksaan!!

aku tak mahu lg rasa kehilangan...
betapa pedihnya saat2 yang ku lalui....
aku tiada tempat mengadu selain dariNya...
Ya Allah...
Kau berkatila segalanya..
biarla dia yang terakhir dalam hidupku....
Hingga ke akhir hayatku..

AMIN..

Ape sebenarnya yang aku rasa??

dulu aku pernah memilikinya...
suatu ketika..
dek kerana keegoaan, salah faham...aku kehilangannya..
sakit,pedih,terluka....arghh....hanya Tuhan tempat aku mengadu..
di saat aku perlukan dia...dia hilang..dia tiada..
aku tempuhi hidupku sepi tanpanya...
luarannya..aku nampak bahagia..namun jauh di sudut hati ini...aku perlukan dia..
namun...dia memilih jalannya sendiri..
aku pasrah..terima dengan tangan terbuka..
aku cuba melupakannya...cuba jauhkan segala kenangan yang terpahat...
namun Tuhan itu maha kuasa..
Dia yang menentukan segalanya..kerna manusia hanya mampu merancang...
di saat aku hampir kuat melupakannya..
dia kembali...
membuka ruang hatiku..
menyingkap kenangan lalu..
di saat2 bersama...
tapi.....adakah dia rasa terpaksa atau ikhlas menerimaku??
hanya dia yang dpt menjawab..
dan hanya Tuhan yang tahu segalanya...
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..
aku amat menyayanginya...
namun andainya dia tidak ditakdirkan untukku..
aku pasrah...aku redha dengan ketentuanNya..
aku sentiasa berdoa..andainya jika benar dia adalah untukku..semoga Tuhan dekatkan dia padaku..
permudahkan segala urusan kami..
dan andainya dia memang tidak ditakdirkan untukku..
aku pasrah...
tika ini..aku hanya mampu berdoa..biarla dia ikhlas menyayangiku dan menerimaku apa adanya..
semoga Tuhan berkati segalanya..

AMIN..

Thursday, July 2, 2009

Panjatkan kesyukuran..

Setelah sekian lama tak dikunjungi blog ku ini....setakat ni aku bersyukur dengan rezeki dan kurniaan yang Tuhan berikan..kesihatan y baik+jasad y masih bernyawa+hati y mendapat ketenangan+family y memahami+kawan2 y ceria+teman yang menagmbil berat+bos yang cool+officemate y sekepala+keje y byk(rezeki2)...huhu

apepon aku bersyukur sgt2..suka duka hidup tetap perlu diteruskan..

Wednesday, June 17, 2009

Family Trip~~Langkawi Island

Date: 2 - 4 June 2009
Brcuti bersama family tercinta..
sangatla seronok...
luangkan masa anda bersama family k.. ;)

Cable Car


Under Water World


Dataran Helang

Taman Buaya


During Flight..comey tol mamat ni..ish2..huhu

My Sister's family...
Thanks a lot for my bro in law 4 his kindness to support us..hehe










Monday, May 18, 2009

" Love is not written on paper, for paper can be erased. Nor is it etched on stone, for stone can be broken. But it is inscribed on a heart and there it shall remain forever."
with the one that deserve to get it..
" Parting of loving someone is learning to let go."
and i mean it...

~STEP FORWARD~


"Don't wait until everything is just right..
It will never be perfect..
There will always be challenges, obstacles and less than perfect conditions..
So what??
Get started now..
With each step you take, you will grow stronger and stronger, more and more skilled, more and more self-confident, more and more successful, more and more tough, more and more happy and more and more recover..”

~Broken Heart Quotes~


" If you find yourself in love with a person who does not love you, be gentle with yourself. There is nothing wrong with you. Love just didn't choose to rest in the other person's heart."

" I try to talk to you, but I don't know what to say. I am afraid you don't want me to say anything. So I don't. But inside of me there are words waiting to come out. And tell you how I feel-like how I miss you. And how I love you despite my broken heart. And how I need you in my life. And especially how much I want you. But those words may forever stay in my heart-locked inside. Sometimes I wonder if there are words locked inside you too... but I'll never know."

Wednesday, May 13, 2009

~REUNION PKN~

Tarikh:9 Mei 2009
Masa:11 pm - 2 pm
Lokasi: JJ Bukit Tinggi
Rindu giler kat kawan2 lame y g PKN kat Sarawak dulu...banyak giler kenangan kat sana...dok kat tempat org jao dri family....huhu...ramai ade kat srawak..tu y payah nak jumpa...
tp masa ni aku terpaksa blek awl coz ade hal y tak dpt nak elak..btw aku hepi jumpe balek korg..mcm2 cta...wpon tak ramai y dtg...hope see u all again k!!!




~Adli The Latest~


Adli yang dah pandai berposing dan duduk stabil..
tak lama lg berjalan la tuh...huhu



Monday, May 11, 2009

~Selamat Pengantin Baru~

Selamat Pengantin Baru kepada kawanku..Sidah & Iqbal yang merangkap anak saudaraku..huhu..
Nikah:9 Mei 2009
Bersanding:10 Mei 2009
Bertandang:31 Mei 2009
merah mak ngah tau!!!hehe
y bju gold ni bersanding pd hari y sama gak...fairuzana & suaminya...tak ingat pe namanya tp start F gak la..huhu...semoga kalian kekal bahagia selamanya..
AMIN...


~Selamat Hari Ibu~

Ibu..
Seorang wanita berhati mulia..
Seorang srikandi yang hebat..
Seorang insan yang aku takkan terbalas budinya..
Budimu bak membina gunung untukku..
Budimu mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkanku..
Hanya Tuhan yang dapat membalasnya wahai ibuku..
Aku hanya mampu membahagiakanmu..
Ibu..
Pesanmu aku takkan lupa..
Jangan pernah tinggalkan aku sendirian..
Mengharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba ini..
kerana kau adalah semangatku..
Ibu..
Tanpamu di sisi..
sukar aku bayangkan hidupku tanpamu..
kau la teman..
kau la tempat mengadu..
kau la tempat bermanja..
kau la segalanya padaku..
sanggup ku korbankan apa sahaja hanya untuk membahagiakanmu..
walaupun adakala menggadaikan hati ku sendiri..
tapi itu semua aku lakukan kerana engkaula insan teristimewa dalam hidupku..
yang tiada gantinya..
Ibu..
walaupun kau sudah meniti usia..
namun ku doakan dan ku harapkan biarla aku yang pergi mengahadap-Nya terlebih dahulu..
kerana aku tak sanggup mengharungi saat2 tanpa dirimu di sisiku..
ku doakan kebahgiaan mu selalu...
SELAMAT HARI IBU
SAYANG MAK!!!!!!!!
~Prince & Princess of My Heart~