Sunday, February 12, 2012

apam polkadot

disebabkan sy suka mkn apam polkadot yg selalu org bagi buat goodies kenduri or org kawen..sy pon try la cari resepi apam tu..saje2 nak try..so ni dia hasilnya!!! hahahaha... nampak x menarik kan??tapi rasa dia sedap.... dah bg rasa kat rmi org so rmi yg kata rasa dia ok..cuma colour tu kena improve skit..kasi pekat....



ni da siap da....



ni b4 dikukus





nak resepi?? ni dia... =)




Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)


275 gm tepung gandum


220 gm gula halus


150 ml susu segar@susu cair


3 sudu teh baking powder


1 sudu kecil ovalette


filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa


pewarna


Cara-cara


masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang


bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan


masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag


picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja


letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan


picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh


last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.