Tuesday, August 23, 2011

Tafsir Mimpi Mengikut Islam

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku". Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahihrkan seorang anak lelaki, kemudian engkau akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Sumber : http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2010/05/tafsir-mimpi-menurut-islam.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.