Thursday, June 17, 2010

:::Khasiat Madu:::

Madu lebah adalah satu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah. ianya dihasilkan dari manisan atau nektar yang dihisap oleh lebah pada bunga-bungaan dan pucuk daun muda. Manisan yang telah dihisap disimpan dalam pundi manisan. Ia kemudiannya disimpan di dalam sarang lebah sehingga matang.
Warna dan kandungan madu adalah berbeza mengikut jenis bunga dan pucuk daun pokok yang dihinggap oleh lebah. Secara umumnya, madu mengandungi air, gula seperti glukos dan fruktos, enzim seperti katalase dan glutathione reduktose, zat mineral seperti zat besi, zink dan kalsium, vitamin seperti vitamin A, C, dan E serta antioksidan seperti flavanoid dan asid phenolik.Penggunaan madu dalam kesihatan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu.

Sejak akhir-akhir ini, minat dan kajian mengenai madu ini dalam perubatan telah mendapat perhatian oleh para penyelidik di seluruh dunia termasuklah penyelidik dari universiti tempatan. Penggunaan dan kajian madu dalam pengubatan luka, lecur akibat kebakaran dan infeksi kuman telah dilaporkan. Walaubagaimana pun, kajian mengenai madu ke atas kesihatan reproduktif lelaki amat kurang dilaporkan walaupun terdapat penggunaan madu ini secara tradisional untuk kesihatan reproduktif lelaki di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


~SELAMAT BERAMAL~

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.