Thursday, April 30, 2009

Adli Botak~~



ni dia the new adli..hahaha..terkejut acu tgk kamu td...botak dah mcm ape ntah..but still cute..tak larat dgr dia menjerit2 dlm kete tu..naseb dia baby lg..huhu...geram sgt kat dia..semoga cepat besar pastu senang la ibu ko nak wat business dgn acu ye..huhu

I'm going crazy with my cupcakes research..


usia dah menginjak dewasa...dalam kepala otak pon macam2 dah pkir nak wat tok my future...i've a lot of my short term aims..disebabkan my family ade darah keturunan bsnes..so aku rs aku dah terdapat darah tu..selame ni aku rs cm aku tak minat bsness...tp lame2 aku muhasabah diri..ade gakla minat..sbb ape y aku nak wat ni aku minat...one of my short term aims is my cupcakes project with my lovely sis..nak wat busines ni kena ade well planning...wah....padahal aku ade 1 lg paper ni..short discussion with my kakak td telah membuatkan aku lgsung lupa dgn last paper aku ahad ni...hahahaha...semoga Tuhan tak bg kepala otak aku trus khayal..hahaha...ni tgh sebok dok pk pe name registered company aku..huhu..pastu wat research skit2 pasal cupcakes ni....tp papepon aku takkan sia2kan degree aku y amatla tersiksa aku dapatkan..hhuhuhuhu....

Roselle rasa cam Rebina!!!

ni aku nak share la dgn korg...mase aku balek2 je umah ari tu ade nampak 1 air ni..ble minum2 ingatkan rebina..rupa2nya air roselle..pe jadahnye pon aku tak tau..tu tak kesahla..tp pe lg wat aku terkejut rupa2nya...mak aku wat sndiri air tu...mak aku kate dia ade tanam pokok roselle tu kat dpan umah..serius aku tak tau langsung!!!tau2 pokok tu dah bsar n kuarkan hasil...ni la hail dia..air minuman..sedap!!!takyah nak beli rebina y mahal tu..rasenya dah same dah....then aku g cek kat dpan umah btol la..ade 2 pokok..dah bsar rupanya...kat sebelah ni la rupanya bunga roselle tu...y bwh tu air dianampak cam sirap pon ade tp rasenya memang lain...tak sangka aku mak aku ni leh wat kilang jus..huhu...so ble ade tetamu dtg ktrg hidang je air ni..pastu ape lg...botak gakla pokok tu sbb dorg nak kan biji benih..nak tanam kat umah sendiri la tu..huhu...
kat sini aku gtaula sikit info pasal roselle ni...
Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L berasal dari Afrika. Pokoknya boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter. Ia akan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek. Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.Buah roselle selain sedap dibuat kordial minuman dan jem, ia juga boleh direbus begitu sahaja. Air rebusan ini mampu membantu melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolesterol dalam darah dan merawat penyakit arteriosklerosis.Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.
Roselle memang kaya dengan vitamin C. Antioksidan yang terkandung di dalam vitamin C membantu mencegah sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat tindak balas kimia dan radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas akan mendorong kepada penyakit kanser.Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, pengambilan roselle secara berterusan dapat membantu mengatasi alahan dan asma, hidung tersumbat, meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan menguatkan imuniti atau sistem pertahanan yang kuat.



Berbakti Pada Tanah

kat area umah aku ni..mak ayah aku y suka bercucuk tanam..so byk la sungguh tanaman yang mana aku pon kdg2 tak perasan lgsg kewujudan dorg ni..tau2 je aku tgk dorg da bsar..huhu...y gmbr kat ats tu adlh ank2 pokok cili y disemai..b4 ni teramatla sgt byk pokok cili kat umah aku..skg ni time dia dah mati then apak aku semai y baru...aktiviti2 ni dapatla isi masa2 dorg kat umah tu y takde wat ape...



pokok cili ni kiranya y sisa2 la tertinggal...klo tak memang byk..dah mcm pokok hiasan pon ade..huhu..

pokok betik ni pla mulanya memang ade tanam byk..tp disebabkan ade hamba Allah berbulu lebat yang berminat...so mereka sekeluarga telah menjahanamkan pokok2 betik apak aku mase pokok2 ni kecik lg..ish2..sian tol...y kat sebelah tu pokok serai...


ni plak baby cempedak..yummy..klo digoreng petang2 pon sodap ni..huhu...ni tak bsar lg..ary tuh da byk kali berbuah..siap kasi jiran2 lg...

pokok jambu batu ni plak ctanya....pokok ni dah lame sgt bertapa lat dpan umah aku..klo tak dicantas maunya setinggi menara KLCC kot..huhu...dulu pnah apak aku cantas abis..ingat dah mati tp tgk2 pjg gak umo dia...so hdupla dia smpi skg mengisi mulut ktrg y kdg2 teringin makan jambu batu..hihi

haaa.....ni la favourate aku klo balek umah..melantak air kelapa..segar gler pas minum..hmmmm..pokoknya pon rendah je..capai pki tgn pon leh..klo nak dikire adela dlm 4, 5 pokok kat umah aku...

ni dia antara bunga2 y aku suka tgk...dorg y tersenarai dlm ni sume ade keistimewaan masing2..klo aku nak letak sume sure letih aku nak amik gambor dorg ni..y atas ni tak taula pe kenamenya..tp aku suka tgk daun dia..mcm sayap rama2...pastu color purple plak tuh..cantek..


nak dijadikan cta..ni la satu2nya pokok orkid y tinggal kat umah aku..tanpa aku sedari rupanya rumah orkid aku dah roboh..tula bz sgt kan..smpi tak sempat tgk..ary tuh aku balek umah gotong royong la dgn mak aku bersihkan rumah orkid tuh..h....

haaa....pokok ni tak taula pe namenya....tp dia ni sgt setia..dri aku kecik sampaila bsar..sntiasa bernyawa je..ade je dia kat umah aku ni..huhu

pokok ni kat umah aku ade 2 color..satu lg purple..hmmm...dia kire penyerila kat umah aku ni..

y ni sure korg dah biase tgk..ni slh satu pokok kertas kat umah aku y paling veteren la kononnya...pokok ni tinggi sbnrnya...pastu keje dia asik berbunga je..tak pnah aku tgk dia tak berbunga..pdhal baja letak stahun skali je..huhu

ha ni dia pokok same je cam kat atas tu y color putih...

y ni plak sbnarnya pokok kaktus...tp dia ade bunga y sgt cute gitu..huhu

Khasiat Lidah Buaya



Kat umah aku ade byk pokok..yela mak ayah aku memang jenis yang suka bercucuk tanam..ni aku nak share la sebahagian dripd tanaman y ade kat halamn umah aku....


Korg mesti tau y kat atas ni lidah buaya @ org panggil aloe vera dlm dunia perubatan or kecantikan..slain dri jd hiasan, pokok ni ade mcm2 khasiat cth nya...Gel lidah buaya ini boleh digunakan untuk perubatan luar seperti luka dan kesan akibat melecur terbakar. Selain itu ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan parut luka dan kesan melecur.Gel lidah buaya turut digunakan bagi rawatan masalah perut seperti irritable bowel syndrome. Penyakit ini biasanya dialami pada perut yang tanda-tandanya adalah seperti kurang hadam, angin dalam perut, sakit bawah pinggang, kepenatan, muntah, sakit perut dan angin.Pemakanan tambahan gel lidah buaya atau eloe vera ini dikatakan dapat melegakan bahagian dalam perut dan usus. Sebagai tonik perut ia boleh mengurangkan kesakitan dalam perut, menghilangkan ketidak selesaan, hilangkan rasa penuh dan membuang angin. Gel ini turut membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam perut. Untuk masyarakat kita sendiri, gel aloe vera atau lidah buaya ini merupakan pemakanan untuk awet muda. Ia dikatakan dapat membantu membersihkan dan membenteras asid dan racun dalam badan. Ia turut dikatakan boleh menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti bau pada faraj dan keputihan. Selain itu ia dapat membantu membetulkan peredaran darah dan pedih perut dan sembelit.