Showing posts with label Lumrah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Lumrah Kehidupan. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Adab Merisik

Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


Cincin belah rotan yang selalu diberikan kepada si gadis semasa adat merisik sebagai 'tanda' si gadis telah berpunya dan bakal menjadi tunangan orang.
(Sumber : Mr. Goggle)


Sunday, June 10, 2012

Andai Lelaki Tahu... =')

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, May 2, 2012

berat

berat mata memandang

berat lagi bahu yang memikul

Ya Allah, berikan kekuatan kepada hambamu


p/s: hidup ini tak selalunya indah, selalu bersyukur dengan nikmat yang diberi dan sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan..ianya lumrah kehidupan =)

Sunday, April 22, 2012

emosi

yer..setiap manusia punya perasaan n emosi tersendiri..tapi letaklah keperluan emosi itu di tempat yang selayaknya untuk tidak menimbulkan sebarang kesulitan pada diri sendiri dan orang sekeliling... EMO BERTEMPAT!!

p/s:peringatan utk diri sendiri juga =)

update blog

uih, lamanya rs tak update blog ni..mlm ni baru berkesempatan nak update sikit..dlm ms sebulan ni agak bz sikit..time office hour cam biasala menyelesaikan tugas hakiki sebagai seorang pekerja.. waktu rehat pon tak sempat nak sign in blog utk updating sbb menghargai ms itu nak mkn or tdo..hehe..btw, dlm 2 bln ni sy agak bz dgn tournament inter department di tempat kerja sy (bunyi ala-ala atlet gitu)..hehe.. hari tu baru setle netball..pas netball sebok main futsal..then pasni focus on badminton plak... nak ckp sy teror main n sapu sume game ke??hahaha..takdela!! sbb dah takde org kot..takpela selagi lum mengandung, sy ok je..eh eh..ape2 ntah statement =p

ok nak sembang sikit pasal netball..wpun suku akhir pon tak layak tp team laki kami layak smpai semi final..and maybe next week main utk final no 3 n 4... tadi plak baru setle futsal..wpun tak layak masuk suku akhir, tp kami tak kalah teruk..haha..yela, maunya tak..dah bertahun sy tak main..pastu ktrg stok2 bukan star sgtla kan..hehe..setakat nak memeriahkan suasana ok ler..

so skrg ni focus on badminton training plak..yg ni mmg kena fight la..dah 2 tahun berturut jadi naib johan so tahun ni target johan..yeah!!

Wednesday, February 8, 2012

mulut orang

mulut orang..
bercakap atas ape yg dorg nampak
bercakap atas ape yg dorg dgr
bercakap atas ape yg dorg rs best utk bergosip
bercakap ikut suka mulut dorg je

mulut orang..
susah nak tutup
susah nak kawal
mmg boleh susahkan kita
selagi kita hidup pasti akan ade saja mulut2 orang

mulut orang..
kalau dilayan lagi sakit
baik buat tak reti jer
sbb kita lagi tau sape diri kita
sbb org2 yang terpenting dlm hidup kita kenal sape kita
org2 yg syg kita tau mcm mana kita

jadi..

tak payah nak amik port sgt dgn mulut orang..
sbb kalau dilayan dan difikir2 bole buat jadi migrain..
sbb sbnarnya kita tak bole nak puaskan hati sume org..
sbb sbnarnya orang2 tu pon bukan betul sgt..
tp dok sibuk2 hal orang..

dan yang penting sekali..

orang yang difitnah itu akan dapat banyak pahala
doa orang yang dianiaya insyaAllah dimakbulkan Allah

Tip untuk menjadi senang di masa hadapan

Ini merupakan salah satu rahsia kekayaan yangpaling penting yang MESTI anda lakukan jika andamahu mengecap kekayaan.Kekayaan... bukan sahaja untuk diri anda bahkanuntuk keluarga tersayang anda pada masa akan datang.

Dibawah ini anda lihat satu contoh keluarga yang menjana kekayaan dengan betul dan satu lagi yang sudah agak terlewat dan lihat kesannya pada simpanan mereka.Terdapat dua keluarga yang tinggal berdekatan. Merekamempunyai dua orang anda dan mempunyai pendapatan bulananyang hampir sama.

Keluarga Ahmad merupakan keluarga yang bergaya. Pakaianmereka semuanya yang branded belaka. Mereka selalu makandiluar, shopping dan bergaya dengan kereta Honda Civicterbaru. Produk-produk terkini seperti I-Phone, I-Pad,TV LED adalah penting buat mereka.

Manakala keluarga Ali pula selalu memikirkan akan masadepan anda mereka. Mereka pakai pakaian yang seadanya,memandu kereta nasional dan yang penting mereka mulamenyimpan RM500 sebulan sebaik sahaja anak pertama merekalahir. Mereka menyimpan terus selama 10 tahun. Denganfaedah 10 peratus, mereka berjaya mengumpul lebihRM100,000.

Kemudian keluarga Ahmad mula risau. Selepas 10 tahun merekatiada simpanan kecuali rak yang penuh dengan baju lama dangajet-gajet yang ketinggalan zaman. Jadi mereka mahu mengikutikeluarga Ali dan mula menyimpan RM1,000 sebulan selepas 10 tahununtuk mengejar keluarga Ali!

selepas 18 tahun keluarga Ali berjayamengumpulkan RM300,281 dengan hanya RM500 sebulan. Sedangkan keluarga Ahmad hanya mampu mengumpul RM146,181walaupun menyimpan RM1000 sebulan.

Fakta ini menunjukkan menyimpan pada peringkat awalakan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda walaupunmenyimpan dengan jumlah yang sedikit.

Dan jangan sesekali lupa akan konsep simpanan yang perlu kita amalkan.
Gaji - Simpanan = BelanjaDan bukannya:
Gaji - Belanja = Simpanan

* Ini bermakna, selepas mendapat gaji, anda perlumenyimpan dahulu dan gunakan selebihnya untuk belanja.Dan bukannya belanja dulu baru nak menyimpan, dimanabiasanya tiada langsung wang yang tinggal untuk disimpan.Jadi, kita masih belum terlewat untuk menyimpan dansimpan sekarang!

Sunday, February 5, 2012

1st entry in year 2012

ish..ish..dah sebulan lbh berlalu tahun 2012 tp ni adalah entry yg 1st sy buat..hmmm..nape agaknya terjadi begitu ye?hehehe..

1- sbb sy bkn 24-7 day ade akses internet.. ms office hour n wekend je..
2- ms office hour tu tak sempat sgt nak bkk blog ni..paling sempat pon bkk email la..sbb nk chat kan..hihi..awal2 tahun ni byk keje nak kena prepare so yg sempat nak bkk pon ptg2 pas office hour..tp time tu kepala da dindong n pikir nak scan out jer..
3- waktu wekend ok sikitla..sbb ade streamyx kat kg..so bolela update fb sikit2..tu pon tak sempat gak nak bkk blog..bz gak sbb byk gak kenduri awal2 tahun ni kan..
4- nak kate takde story nak masukkan takde gak..hari2 ade je terpikir benda nak update dlm ni..tp tak kesampaian..
5- malas kot..sbb nak create ayat..ade story tp kdg2 mls nak pikir..so dok terperap jela blog ni xupdate2..hihi

so, byk sbnrnya nak share..tp takpela..mane yg teringat jela yer..mlm ni terajin plak nak update blog..hihi

Saturday, December 31, 2011

hari terakhir tahun 2011

alhamdulilah..hingga ke saat ini sy masih lg bernafas n mampu bergerak...dikurniakan kesihatan yg baik, insan sekeliling yg menyayangi serta sering memberi sokongan pd sy, rezeki yg halal utk meneruskan kehidupan ini dan lain2 nikmat yg tak terkira... tahun 2011 juga punya sejarah yg tersendiri apabila ade saat2 luka n duka...lumrah kehidupan, kita takkan lari daripada diduga oleh Allah s.w.t...

beberapa jam lg akan tiba tahun baru 2012..semoga tahun baru tersebut...
- menjadikan aku hamba Allah yg lebih dekat pada-Nya..
- memberi lebih kebahagian serta kenikmatan kpd ku..
- memberi rezeki halal yg melimpah ruah untuk meneruskan kehidupan yg makin mencabar ini..
- menjadikan diri ini lebih baik n membuang segala sikap buruk..
- merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga agar lebih utuh..
- mengikat kasih syg yg lebih mendalam antara diriku n dirinya..
- menjadikan aku lebih dewasa dan matang menilai setiap perkara yg berlaku dlm kehidupan ini..
- menjadikan manusia lebih pemaaf...

Monday, December 26, 2011

cerita tentang kahwin

bercerita tentang kahwin..boleh katekan sume org nak kahwin..setakat ni takdela plak org ckp dia taknak kahwin...kecualila klu yg jenis2 konfius identiti diri tu..hikhik...nak cerita tentang kawin ni cuma nak kongsi pengalaman sendiri je..yer..sy masih belum kawin..tp setiap org ade impian majlis perkahwinan yang diimpikan, kebahagiaan keluarga yang bakal dibina bersama insan tersayang yang didambakan...

tapi...setiap perjalanan kita menuju ke situ semua berbeza-beza.. cthnya, ada yg bercinta bertahun2 tp last2 xjadi kawin sbb kononnya tak serasi..dah pening mane plak nk cari pasangan..yela dah bertahun dok membazir masa dgn yg sorg tu.. ade plak cth lain, yg liat sgt nak lekat jodoh..sampai dah nak dekat 30lbh baru dpt jodoh...ade plak yg mls nak pkir psl kawin n serah bulat2 pd family...ha ade yg kenal cinta pandang pertama gitu, tup2 xsampai 1tahun da kawin...ish klu nk citer mmg byk sgtla cth...

tapi ape2 pon...sesiapa yg berada di usia 20-an n 30-an tu mmg akan pressure n stress dgn soalan2 spt berikut :
ha, ko bile lg?
bile nak makan nasi myk ko?
dah ade ke belum?

soalan2 tu selalunya diajukan oleh sdara mara ketika di majlis kawin,tunang or raya..kwn2 yg da lama tak jumpa n sape2la...

nak ikutkan mmgla stress giler bile dpt soalan tu..tp bila dah lama2 jadi dah biase n dah ade jwpn yg baeekkkk punya utk jwb.. tip utk menjawab soalan2 camtu..jawapan yg diberi mesti kena buat sampai org yg tanya tu tak terkata n takde soalan lain yg timbul dari mulut dia..hihi...sy ade jwpn sy tp taklehla nk gtau...rahsia gitu..hikhik

hmm...tp yg kesiannya pd org yg btol2 tgh takde pasangan tu..bila soalan2 ni ditanya, double stress ler...tp nak wat cane kan...sume ni lumrah kehidupan..sbb kita pon akan bertanya pd org gak solan2 camni 1 hri nnt..huhu

tapi pd hakikatnya perkahwinan itu bukan 1 perkara yg remeh n main2...persediaan dari semua segi perlu cukup agar perkahwinan yg bakal dibina nnt akan stabil n takde byk mslh...perkahwinan ni melibatkan dua insan yg punya hati, perangai, tabiat, keturunan, ilmu n mcm2 lg yg berbeza..tp pasangan tersebut perlu cari jalan utk menyesuaikan diri antara 1 sama lain n saling melengkapi agar perkahwinan yg dibina akan rs selesa...

bagi sy perkahwinan tu bukan fokus pd pasangan si lelaki n perempuan shj..yer..yg paling penting adalah keselesaan n keserasian kedua2nya...dan yg paling penting juga adalah family...org kate restu family tu sgt penting...lepas kawin nnt bermulalah perubahan rutin harian n program mingguan sbb kita dah punya 2 keluarga...selesa bersama family pasangan kita itu adalah 1 bonus yg sgt tak ternilai...

hmm..kawin tu pd dasarnya senang n simple jer..nikah jela...ikut rukun nikah..pengantin lelaki, pengantin pompuan, saksi, akad, mas kawin...eh yeke tu rukun nikah??hehe..ha klu nak ikut tak sampai rm500 pon kawen..hikhik...tp yela kan..mmg kita akan utamakan hukum...tp sebagai insan yg hidup dgn penuh adat, byk perkara yg perlu difikirkan... banyak juga duit yang perlu dikeluarkan...

selain drpd pikir duit utk majlis kawin, setiap pasangan mesti akan fikir gak utk kehidupan lepas kawin...rumah utk berteduh..klu cpt mengandung, nk pkir kos sara anak lg...ish mmg byk la nak pkir...so, kdg2 sy rs rimas dgn soalan n ayat2 camni...

"ape nk tggu lg, dua2 da keje ok...tak lama lg bole kawin.."
amboi2..senang2 je ckp kan...ingat duit gaji ni semata2 nak kumpul tok kawin je ke?byk mende lain gak nak pkir...ish2...cer bg masa sikit kami nk kumpul duit...lgpon bru je keje..

"jgn tggu lama2...kawin jela...rezeki tu ade klu niat tu baik"
ish..yela..mmg la rezeki tu ada..tp kita ttp kena cari jugak kan??bukannya niat hari ni nak kawin, sok cek akaun dlm bank tiba2 ade 50k..huh..

"kawin cepat2 sikit...benda baik tak elok dilambat2kan..."
yela...klu bole mmg esok gak nak kawin...sy tak kisah klu awk nak sponsor majlis kami!huhu

hmm...so kesimpulannya...sume org mmg nak kawin..tp lambat or cepat tu semua terpulang pd rezeki, jodoh n cara hidup seseorang tu...so silalah fahami perasaan org2 yg sedang kuat berusaha utk memperbaiki kehidupan dan merencana masa depan yg terbaik..insyaAllah.. =)

Friday, December 23, 2011

kepada kamu..

sy happy melihat kebahagiaan kamu...semoga kamu sentiasa tersenyum =)

Thursday, December 1, 2011

mulut puaka

mulut puaka..
kerana kau ramai orang yang bermusuh..
ramai orang yang jadi tak bertegur..
ramai orang yang dapat dosa sebab marah2..
ramai orang tiba2 jadi dingin..
ramai orang tiba2 jadi tak best..
ramai org jd menyampah dengan kau..
ramai orang yg benci kau..

huh..insaflah wahai mulut puaka..buat baik tak bole ke??ckp elok2 tak bole ke??derrhhh~~~

01 Disember 2011

wah...pejam celik pejam celik da smpi bulan terakhir tahun 2011...sebulan je lg nak menjelang tahun 2012..tak sbr rasanya.. =)

Thursday, November 24, 2011

BICARA

HATI....sentiasalah kamu tenang walau apa pun dugaan yg menimpa...

JIWA...haruslah kamu sentiasa tabah kiranya ada ujian yg mendatang...


DIRI...perlulah kamu kawal untuk sentiasa berkelakuan positif dan releven walaupun sedang ditimpa kesusahan...


AKAL...sentiasalah kamu berfikiran waras utk mendapatkan kehidupan yg lebih tenang dan terbaik...


YA ALLAH...Engkaula yg Maha Mengetahui segalanya yg tersurat dan tersirat..Kau permudahkan segala kesulitan dan dugaan yg telah kau turunkan ke atas hamba-hambamu yg Engkau sayangi.. berikanlah ketenangan kepada hamba-hambamu dan sentiasalah memberi petunjuk yg terbaik agar hamba-hambamu tidak goyah dan tersesat daripada jalanMU...


berikanlah senyuman dan sinaran itu... =)

Sunday, November 20, 2011

cuti2 di rumah

oh yer...sy saje2 je amik cuti 2 hari...utk merehat2kan minda sekaligus menghabiskan cuti tahunan sy..hehe..yg paling penting sbnrnya sy nak spent time dgn mak n abah...yela lately ni wekend je full dgn mcm2 aktiviti..so dpt luangkan ms tak byk dgn dorg... tp kan..klu sy nak cuti lama skit je mula ade suara2 yg dok tanya..eh lamanye cuti?nak bertunang ke?holiday ke mane??..ish..tak semestinya bercuti lame tu ade tujuan2 camtu...pada sy selalunya klu sy amik cuti tu, sy lebih kpd nak rest je kat kg halaman...hehe....

so 2 hari dok umah ni kompem la mode diet sy agak terganggu..hehe..

Saturday, November 12, 2011

mimpi lageeyy!!

sy ni asik2 dok citer pasal mimpi..huh..tp tula...sy ni tiap kali tdo mesti mimpi..hmmm.. tp smlm punya mimpi tak best langsung...uwaaa!!!!!!tp...mak kate mimpi tu mainan syaitoooonnnnn....so, sy nak percaya yg tu mmg setan..muahahahaha...tula..tdo dlm keadaan risau..mmglah mimpi yg bkn2...so pasni b4 tdo, kena reveal pape yg dok terpeuk kat kepala tu k..hehe =)

Saturday, October 29, 2011

relieved

"heavy hearts, like heavy clouds in the sky..are best relieved by the letting of a little water"


p/s : i'm currently feel good n relieve...thanks love.. =)

jodoh

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.yakinlah dengan janji ALLAH..

-gambar hiasan-

Monday, October 24, 2011

bye2 -ve thingking!!

uh...rs sesak kepala..rs sebak dada..sebab ape??sbb pikir bukan2..sbb pkir benda ntah ape2..padahal mende tu tak btol pon..hye dah name pon pompuan..suke pkir mende yg melebih2..padahal mende tu kecik jer...

for myself..dont think too much!!dont think -ve...just be +ve k.. =)

Saturday, October 15, 2011

update blog dlm keadaan agak busy

oh yer...sy lately ni sgt bz.. bz dgn keje2 yg melambak..bz training badminton utk tournament inter department..bz dgn kursus... last week weekend ade short holiday with my bff..then mggu ni ade tournament bdmnton...sgt penat ok..hohoho...

takde pe perkembangan terbaru sgt...cuma sy sentiasa bersyukur dgn kehidupan yg perolehi hri ni.. semoga Allah sentiasa bersama saya.. =)