Friday, August 31, 2012

Motif Band-Tuhan Jagakan Dia~lirik~



Lirik Lagu Tuhan Jagakan Dia - Motif

hanya dirimu yang ku cinta
takkan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

walau ku tahu kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
liriklaguindonesiapopuler.blogspot.com
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

walau ku tahu kau takkan sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

p/s: Dia mendedikasikan lagu ini kepadaku..sangat terharu..Ya Allah, terima kasih kerana Kau telah memakbulkan doaku selama ini..Kau telah dekatkan hatinya padaku..dan kini ku berdoa Kau berkatilah hubungan kami dunia dan akhirat ...

Adab Merisik

Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


Cincin belah rotan yang selalu diberikan kepada si gadis semasa adat merisik sebagai 'tanda' si gadis telah berpunya dan bakal menjadi tunangan orang.
(Sumber : Mr. Goggle)


Sunday, June 10, 2012

Andai Lelaki Tahu... =')

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday, May 27, 2012

my day 260512 with love

There are no words that can be explained in this time about what i feel.. but i know, i have someone who would appreciate me and always there for me

That was just simple+sweet

 1st round

 2nd round

 xlarat nak habiskan..full giler..hehe

 Thanks syg!!! =)

erkkss...this is what we call art.. wink wink

Boy & Ili's wedding reception

hari ini hari sabtu..oh yer my birthday yer hri ni..hehe.. tp bkn nak cite pasal bday tp nak cita pasal wedding ex-classmate ms diploma dulu iaitu boy.. tak sangka ko da jadi laki org boy!!!hahahaha.. klu nak ungkapkan cita2 zmn diploma dulu toksah nak ckpla..3 hari 3 malam pon xhabis..hehe.. tp boy tetapla dgn perangai yg xsopan tu!suka kutuk!hahaha...sbnarnya kitorg sekelas ni jadikan bahan kutukan sebagai inspirasi n gurauan..cewah!!.. dolu2 kena kutuk mmgla bengang tp skrg jd bahan kenangan plak..hehe so tanpa buang ms meh la layan gambar2 masa majlis mereka

 Boy's wifey.. Ili..so sweet la u 

 haa..cer tgk perangai tak semenggah tu!haha..ko da jd laki org da boy.. =p

soooo nice pelamin dia!!sgt2 admire..tp daku tau daku takkan mampu milikinya..huhu...

 bersama teman2 jelitawan..eceh..bru pasan..hmmm..ketinggian mereka semua lbh kurg sama kecuali aku..hikhik..janggal gakla berdiri dgn dorg =p

p/s : foto kredit to shylin

bergambar bersama teman2 =)

p/s : foto kredit to shylin

Wednesday, May 2, 2012

berat

berat mata memandang

berat lagi bahu yang memikul

Ya Allah, berikan kekuatan kepada hambamu


p/s: hidup ini tak selalunya indah, selalu bersyukur dengan nikmat yang diberi dan sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan..ianya lumrah kehidupan =)

Sunday, April 29, 2012

DIY


family day 2012 - Marina Cove Resort, Lumut

hye...mlm ni rajin nak bt entry utk family day..setelah berhempas pulas as a organizer sy telah berjaya menjayakan family day jabatan sy dgn bantuan penuh kawan2 office..huh..penat dia??tak usah nak ckp la..penat sggttt!!!lenguh kaki ni tak habis lg..tp papepun sgt gembira asalkan semua staf n family mereka have fun ms outing 2 hari ni..

ringkaskan skitla, we alls punya family day ni dah dirancang sejak awal tahun lg..mls nak buat lambat2 takut clash dgn ape2 event..klu plan awal, at least ade masa klu nak pospon..so we all decide utk pegi bulan April.. tarikhnya adalah 28-29 April. segala persiapan dari segi survey tempat yg best utk g outing, quotation dari mcm2 resort n hotel, then deal dgn hotel, sedia hadiah, tshirt n all that thing sy buat dgn kwn2 yg dilantik utk jadi urusetia family day...alhamdulilah kerjasama dari semua amat dihargai.

bertolak pada hari sabtu pagi..check in start from 2.00pm..ptg tu aktiviti bebas..ada yg pegi mandi waterpark, ade yg berjalan ke Pekan Lumut (ada Pesta Air), ade yg mandi kat swimming pool n ade gak yg rehat2 kat dlm bilik jer...so sy n kwn2 bujang decide utk mandi waterpark..fuhh best giler!!tiket pon murah..bolehla klu nak mandi smpai ptg..huhu..

then mlm tu cam biasela ade dinner..sy melantik diri sy sndiri sebagai mc..hehe..(sbb dah takde org nak jd mc) mengendalikan beberapa acara secara simple n spontan jer..takde skrip lgsung..main belasah jer..haha..mlm tu ada aktiviti jawab kuiz, karaoke, suprise, tukar2 hadiah n anugerah king, queen n cutest kid of the nite..hihi...

da habis dinner dlm kul 10 tu, dok lepak2 n rehat2 kat tmpat karoke tu dgr2 abg2 opis sambung karoke (dorg memg kaki karok)... pastu kul 11 naik atas n tdo terbongkang..haha..(mlm tu mmg rs demam nk dtg balik).. pagi2 bgun solat subuh then mandi n bersiap2 utk bfast n sukaneka pukul 830.. sukaneka ada byk giler acara n sy rs happening sgt sbb sume org involve game..habis sukaneka dlm pkul 10.45 pagi camtu..so sy naik bilik rehat2 n kul 12 chect out..

kesimpulannya, walaupun penat giler jd organizer n bengang gak sbb pihak hotel ade buat spoil for the certain thing, tp sy tetap berpuas hati sbb :
1. sume staf involve dlm acara yg dibuat
2. nampak sume have fun
3. organizer sukaneka mmg sporting giler! Mr. Ong..wpon smpai2 je ms hari sabtu dia kena sound kaw2 dgn ktrg sbb buat spoil!hahaha.. tp u mmg best la Mr. Ong..hehe
4. oh yer, sbb sy bwk mak abah skali jalan2 ke sana..hehe
5. ha lg 1 sbb alhamdulilah takde sbrg perkara yg tak diingini berlaku..cth cam gempa bumi.. =)

so, ni adela beberapa kerat gmbr yg smpat diambil utk tatapan sume.. =)

Foto kiri atas : waterpark dari jendela bilik
Foto Kanan atas : apartment marina cove - 11 tingkat
Foto bawah : jalan masuk ke marina cove

sy n assistant sy yg setia..Cik Niza..tq dear!! =)

mlm dinner - with mira

with adik fiza

fiza kata "muka sama"..yeke? =p

tema dinner - black, white, pink .... complete rite??hehe

after sukaneka..muka penat tp maintain posing..hehe

orange!!

Bubu peneman setia sepanjang perjalanan balik..hehe

Sunday, April 22, 2012

DIY - do it yourself

haaa....mesti tertanya2 nape dok upload byk benor wedding theme colour kan?? cam biasela pompuan mmg cenggitu.. ade dream wedding tersendiri..so mcm tu gak sy... disebabkan planning tu dah ada..insyaAllah segala yang diimpikan itu boleh dilaksanakan... setiap pada kita pasti akan menemui hari bahagia masing2..iaitu hari yg mana kita akan disatukan dgn pasangan kita sebagai suami isteri yg sah... sesetengah pasangan akan buat majlis besar-besaran n bajet pon besarla..sesetengah plak buat secara kecil-kecilan.. dan bg sy pula, sy akan buat majlis secara sederhana.. asalkan dpt meraikan kawan2 dan sedara mara seterusnya majlis tersebut berlangsung dgn jayanya..alhamdulilah da cukup bersyukur.

bila nak kawin ni, benda utama yg difikirkan adalah wang!.takde wang takleh nak kawin zmn skrg ni.. dan seelok2nya bersederhana dlm berbelanja tu.. sbb yg lebih penting belanja lepas kawin tu... utk itu, insyaAllah dlm majlis sy, ada byk benda n perkara yg sy DIY... insyaAllah dgn ms yg ada ni sy akan berusaha menjadikan dream wedding sy ni jadi kenyataan..cewah..padahal biasa2 jer..hehe..

nak share sedikit kebaikan DIY :

  1. jimat belanja
  2. dpt merealisasikan impian kita dgn design2 yg kita suka tanpa mengeluarkan kos yg byk..cth buat bunga telur sendiri..design yg kita suka tu, market price rm3, tp bila DIY kita bole dpt just rm1.50 je..murah kan?
  3. brg yg kita sewa mahal2, kita xdpt nak simpan..tp klu brg yg kita beli sama harga mcm kita sewa so kita bole simpan brg tu..cth pelamin..DIY pelamin yg simple..beli kerusi, then kerusi tu bole guna balik..klu sewa pelamin skrg mau beribu raban..tp pakai kejap je..hehe
  4. dpt memupuk semangat kerajinan
tapi yg penting, kita ada ms nak buat sume tu...kena well planning..so that takdela rasa benda tu kelam kabut bila da last minit..

emosi

yer..setiap manusia punya perasaan n emosi tersendiri..tapi letaklah keperluan emosi itu di tempat yang selayaknya untuk tidak menimbulkan sebarang kesulitan pada diri sendiri dan orang sekeliling... EMO BERTEMPAT!!

p/s:peringatan utk diri sendiri juga =)

update blog

uih, lamanya rs tak update blog ni..mlm ni baru berkesempatan nak update sikit..dlm ms sebulan ni agak bz sikit..time office hour cam biasala menyelesaikan tugas hakiki sebagai seorang pekerja.. waktu rehat pon tak sempat nak sign in blog utk updating sbb menghargai ms itu nak mkn or tdo..hehe..btw, dlm 2 bln ni sy agak bz dgn tournament inter department di tempat kerja sy (bunyi ala-ala atlet gitu)..hehe.. hari tu baru setle netball..pas netball sebok main futsal..then pasni focus on badminton plak... nak ckp sy teror main n sapu sume game ke??hahaha..takdela!! sbb dah takde org kot..takpela selagi lum mengandung, sy ok je..eh eh..ape2 ntah statement =p

ok nak sembang sikit pasal netball..wpun suku akhir pon tak layak tp team laki kami layak smpai semi final..and maybe next week main utk final no 3 n 4... tadi plak baru setle futsal..wpun tak layak masuk suku akhir, tp kami tak kalah teruk..haha..yela, maunya tak..dah bertahun sy tak main..pastu ktrg stok2 bukan star sgtla kan..hehe..setakat nak memeriahkan suasana ok ler..

so skrg ni focus on badminton training plak..yg ni mmg kena fight la..dah 2 tahun berturut jadi naib johan so tahun ni target johan..yeah!!