Saturday, December 31, 2011
hari terakhir tahun 2011
Monday, December 26, 2011
cerita tentang kahwin
Sunday, December 25, 2011
10 sifat calon suami yang baik
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Saturday, December 24, 2011
jodoh..
Friday, December 23, 2011
Monday, December 12, 2011
Siti Nurhaliza - Percayalah (Please Believe)
my wishlist for holiday
Saturday, December 10, 2011
that's when i love you..
Tuesday, December 6, 2011
ONLINE SHOPPING!!
HAPPY SHOPPING U ALL!! =)
Thursday, December 1, 2011
miss him
mulut puaka
kerana kau ramai orang yang bermusuh..
ramai orang yang jadi tak bertegur..
ramai orang yang dapat dosa sebab marah2..
ramai orang tiba2 jadi dingin..
ramai orang tiba2 jadi tak best..
ramai org jd menyampah dengan kau..
ramai orang yg benci kau..
huh..insaflah wahai mulut puaka..buat baik tak bole ke??ckp elok2 tak bole ke??derrhhh~~~
01 Disember 2011
Friday, November 25, 2011
Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita
Thursday, November 24, 2011
BICARA
JIWA...haruslah kamu sentiasa tabah kiranya ada ujian yg mendatang...
DIRI...perlulah kamu kawal untuk sentiasa berkelakuan positif dan releven walaupun sedang ditimpa kesusahan...
AKAL...sentiasalah kamu berfikiran waras utk mendapatkan kehidupan yg lebih tenang dan terbaik...
YA ALLAH...Engkaula yg Maha Mengetahui segalanya yg tersurat dan tersirat..Kau permudahkan segala kesulitan dan dugaan yg telah kau turunkan ke atas hamba-hambamu yg Engkau sayangi.. berikanlah ketenangan kepada hamba-hambamu dan sentiasalah memberi petunjuk yg terbaik agar hamba-hambamu tidak goyah dan tersesat daripada jalanMU...
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Ombak Rindu
Malaysia Juara Bola Sepak Sukan Sea 2011
Monday, November 21, 2011
kek coklat kukus
nampak tak tu???rase2 sdp tak???hehehehehe....pasni sy akan berusaha utk buat kek yg lg sedap!!!yummy2....
lauk best hari ni! =)
ni la rupanya ikan pekasam yg da digoreng ok....soryla gmbr2 ni senget benget plak...da rotate tp takleh gak..so kite telengkan kepala la utk melihat keenakannya k!hehehehe
Sunday, November 20, 2011
cuti2 di rumah
ikan pekasam
Wednesday, November 16, 2011
Happy Birthday My Heroes!!
Tuesday, November 15, 2011
7 kesalahan semasa bersenam
oh yer..selain daripada niat sy utk kurus (wpon rmi yg kate sy dah kurus, tp sy nk kurus sikittttt je lg..hehe..).. bersenam tu adalah utk menambahkan stamina.. yerla klu bdn lemau je, nak buat keje pon susah kan..
oh yer..klu perasan sy ade azam yg nak maintain 55kg...tp sy rs mcm tak bole nak turun dah... berat sy mmg dah tegar 57kg kot...sbnrnya normal je dgn ketinggian sy yg 168cm ni... cuma saje2 nak kurus sikit lg...
klu tanya mak sy or si dia..dorg mmg kate sy dah ok..'takkan nak nmpk tulang je??'..huhu..tu dah kurus kering namanya...tp klu tanya kwn2 yg jaga bdn n ala2 model gitu...dorg sokong je sy..hehe..ok la, ni sj je nak kongsi 7 kesalahan semasa bersenam utk renungan bersama...
- Bersenam keterlaluan - jangan terlalu kerap bersenam sampai hari2 sbb boleh timbulkan kecederaan..so klu bole 3x seminggu pon ok..tp klu nak hri2, myb selang2 kan dgn senaman yg ringan sth: isnin-jogging, selasa-aerobic, rabu-skipping, khamis-aerobic, jumaat-skipping, sabtu-jogging, ahad-skipping...janganlah dlm sminggu tu main bola sepak sampai 2,3 game..futsal lagi...badminton lg...tu nak siksa bdn sbnrnya..hehe
- tidak memanaskan badan - buat warming up sekurang-kurangnya 5 minit agar bdn tak terkejut..lagi2 klu dah berbulan2 tak exercise..huhu
- beban yang terlalu berat - jangan guna beban yg berat dgn niat agar lemak cpt hilang..
- mula dengan senaman berat - nak bersenam mulalah dgn yang ringan2 dulu cth cam jogging, swimming
- langkah silap - nak exercise kena dgn posture bdn yg btol..cth nak buat sit up, bdn belakang kena rata dgn lantai..
- tidak minum secukupnya - kena minum air secukupnya sebelum, semasa n selepas..
- makan terlalu sedikit - tambahkan tenaga beberapa jam b4 bersukan or bersenam..klu takmo makan berat2, makanlah pisang ke..roti ke...sbb ms kite bersenam tu, kite guna byk tenaga...
Sunday, November 13, 2011
Korean Drama
11.11.11
i've made it!!! beef steak..
Saturday, November 12, 2011
cerita tentang kucing dan saya
mimpi lageeyy!!
i'm craving of beef steak!
Saturday, November 5, 2011
Kubahagia
31st Oktober 2011
Sunday, October 30, 2011
10 petanda dia adalah jodoh kita
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Saturday, October 29, 2011
relieved
sakit kepala
REFERENCE 1
HEADACHE SYMPTOMS
A headache is a pain in the head with the pain being above the eyes or the ears, behind the head (occipital), or in the back of the upper neck. Headache, like chest pain or back ache, has many causes.
All headaches are considered primary headaches or secondary headaches. Primary headaches are not associated with other diseases. Examples of primary headaches are migraine headaches, tension headaches, and cluster headaches. Secondary headaches are caused by other diseases. The associated disease may be minor or major.
Tension headaches are the most common type of primary headache. As many as 90% of adults have tension headaches. Tension headaches are more common among women than men.
Migraine headaches are the second most common type of primary headache. An estimated 28 million people in the US have migraine headaches. Migraine headaches affect children as well as adults. Before puberty, boys and girls are affected equally by migraine headaches, but after puberty more women than men have them. Migraine often goes undiagnosed or is misdiagnosed as tension or sinus headaches.
Cluster headaches are a rare but important type of primary headache, affecting mainly men. The average age of cluster headache sufferers is 28-30 years, although headaches may begin in childhood.
Secondary headaches may result from innumerable conditions, ranging from life threatening ones such as brain tumors, strokes, meningitis, and subarachnoid hemorrhages to less serious but common conditions such as withdrawal from caffeine and discontinuation of analgesics (pain killing medication). Many people suffer from "mixed" headache disorders in which tension headaches or secondary headaches may trigger migraine.
The treatment of the headache depends on the type and severity of the headache and on other factors such as the age of the patient.
more detail about cause of headache, treatment n etc pls visit to http://www.medicinenet.com/headache/symptoms.htm ... this is the interesting website =)
REFERENCE 2
5 JENIS SAKIT KEPALA
1. Vaskular, penyebab migrain
rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Tipe paling populer dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami sekitar 28 juta orang di Amerika. Migrain bisa kambuh, dan jika sedang muncul baru akan sembuh setelah 4-72 jam. Rasa sakitnya antara sedang sampai parah, dengan rasa berdenyut-denyut yang timbul pada satu atau dua sisi kepala. Gejala lain dari migrain adalah mual, muntah, dan sensitif terhadap cahaya atau suara. Sebanyak 3 dari 4 penderita migrain adalah perempuan. Artinya, lebih banyak perempuan yang mengalami migrain daripada pria.
2. Cluster
Sakit kepala jenis ini adalah tipe lain dari sakit kepala vaskular. Namun kebalikan dari migrain, penyakit ini lebih banyak mendera kaum pria. Rasionya enam banding satu, demikian menurut Cluster Headache Support Group. Rasa sakit yang begitu menyiksa, bisa berlangsung selama 15-180 menit. Biasanya terjadi pada satu sisi kepala, di belakang mata, atau pada daerah pelipis. Sakit kepala biasa terjadi pada waktu-waktu tertentu, seringkali saat jam-jam tidur, selama 4-8 minggu.
3. Myogenik
Saat bekerja, Anda pasti sering merasa leher dan pundak Anda kaku. Kadang-kadang diikuti dengan sakit kepala. Sakit kepala jenis ini memang sering dianggap sebagai ketegangan akibat otot-otot yang menegang di leher, pundak, kulit kepala, atau rahang. Pemicunya bukan sekadar cara duduk yang salah, tetapi juga stres, gelisah, atau depresi. Tidak heran bila sakit kepala ini termasuk yang paling umum, dengan intensitas ringan hingga sedang. Pada sebagian orang, rasa sakit juga diikuti dengan menurunnya nafsu makan.
4. Peradangan
Inilah urutan kedua sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit atau kelainan yang menghasilkan peradangan di dalam kepala. Tipe sakit kepala akibat peradangan yang paling umum adalah sakit kepala akibat sinus, yang disebabkan oleh peradangan pada sinus dan diperparah dengan reaksi alergik. Penyebab lain dari sakit kepala jenis ini adalah meningitis, dimana terjadi peradangan dari membran yang mengelilingi otak dan saraf tulang belakang.
5. Traction
Biasanya disebabkan oleh lesi yang menekan struktur dan pembuluh darah di kepala. Tumor metastatik (tumor maligna yang menyebar ke bagian tubuh lain), abses, atau hematoma (pembengkakan lokal yang terisi darah), bisa menyebabkan sakit kepala jenis ini. Rasa sakitnya akan lebih parah pada pagi hari, dan menjadi lebih parah saat pengidapnya batuk, buang air kecil, atau mengejan.
http://female.kompas.com/read/2010/05/06/14574116/Kenali.5.Jenis.Sakit.Kepala
REFERENCE 3
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
Sebab Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun
Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor??
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat
Soalan Lazim
Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
Kajian mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang positif.
Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya
atau tidak?
Tidak.
Kerana kebanyakan sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.
jodoh
Monday, October 24, 2011
bye2 -ve thingking!!
for myself..dont think too much!!dont think -ve...just be +ve k.. =)