Friday, February 17, 2012
pelaburan dalam ASB
sebelum story lagi pjg.. sy mmg ada melabur dlm asb.. tp bukan yg loan asb tu.. just simpanan tiap2 bulan.. akaun ni mak abah mmg da bukak utk sy sejak dri kecik lg.. kiranya mcm tempat utk menyimpanla.. asb ni dah ade bertahun2, tp bila dgr ade mcm2 fatwa yg keluar psl asb ni, sy jadi ragu2 pulak.. fatwa kebangsaan dan beberapa buah negeri kata harus dan ade beberapa buah negeri kata haram.. hmmm.. mana 1 yg betol sebenanrnya?? sy mmg jadi ragu2...
sy penah amik inisiatif utk tgk pendapat org ramai pasal asb ni dlm beberapa laman internet yg membincangkan isu ni..bole rujuk laman web..
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=95
http://pemudaharapan82.blogspot.com/
http://takafulsmartmedic.wordpress.com/2009/07/30/hukum-pelaburan-dalam-amanah-saham-bumiputera-asb/
hari ini ada majlis bacaan yasin dan tazkiran di opis.. so masa tazkirah tu ustaz open untuk soalan.. jadi ada keluar 1 soalan tentang hukum ASB.. rasanya tak perlu nak explain pjg2 ape ustaz tu explain.. tp ia membuatkan sy buka mata dan fikir balik pasal pelaburan dlm ASB ni..
so, bila fikir2 balik..ade byk lg tempat untuk melabur cth mcm tabung haji.. tabung haji pon byk projek gak yg insyaAllah takkan meragukan.. so bila hati da terdetik was2 dgn asb.. hmmm.. nampaknya kenala fikir2 balik.. nak simpan je takpe, tp duit dividen tu tak kita boleh guna utk diri kita..
mesti nak tau kan duit dividen tu nak pki utk ape?? ustaz kata gunalah duit tu kepada utk kegunaan awam.. contoh buat logkang, betolkan jambatan etc.. asalkan utk kegunaan awam..jadi, fikir2kanlah..kerana anda semua sudah boleh berfikir.. =)
Sunday, February 12, 2012
lawatan ke JB & terlanjur ke Pulau Batam

















apam gula hangus

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
apam polkadot
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh
last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak