Wednesday, March 9, 2011

ape itu SRP??

haaa..tau tak pe SRP??bukan sijil y cam PMR org dulu2 amik tu...tp SKIM RUMAH PERTAMAKU...wow!!!sgt best la....mase bulan Oktober dgr PM gtau ms budget 2011 tu ingat hangat2 tahi ayam jer..tp serius betol...so skg ni pd anak2 muda y nak beli umah 1st n gaji bwk 3k nolehlah aplly SRP berdasarkan syarat n terma y ditetapkan...bagus la kerajaan ni...camni barulah rakyat tak mogok cam kat negara2 lain tu...pasni perbanyakkan lagi benefit tuk rakya k.. =)

kat bwh ni ade sikit maklumat y boleh anda bace,,sy copy paste jer dri sumber di bawah ni...
Sumber : http://www.drumah.com/skim-rumah-pertamaku-mudah-dimiliki/2258.html

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yakin pembeli rumah pertama Skim Rumah Pertamaku boleh membayar pinjaman perumahan mereka walaupun jika mereka tidak membayar bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
Beliau berkata golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan boleh memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman mereka ke tempoh maksimum.
“Saya yakin jika pendapatan sesuatu isi rumah selepas ditolak bayaran KWSP dan sebagainya, masih dalam lingkungan RM3,000, saya yakin pasangan suami isteri tersebut masih boleh memperolehi rumah,” katanya kepada pemberita di sini.
Skim perumahan tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Jumaat lalu.
Chor berkata pinjaman di bawah skim tersebut akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
– BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.