Thursday, June 17, 2010

:::Khasiat Madu:::

Madu lebah adalah satu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah. ianya dihasilkan dari manisan atau nektar yang dihisap oleh lebah pada bunga-bungaan dan pucuk daun muda. Manisan yang telah dihisap disimpan dalam pundi manisan. Ia kemudiannya disimpan di dalam sarang lebah sehingga matang.
Warna dan kandungan madu adalah berbeza mengikut jenis bunga dan pucuk daun pokok yang dihinggap oleh lebah. Secara umumnya, madu mengandungi air, gula seperti glukos dan fruktos, enzim seperti katalase dan glutathione reduktose, zat mineral seperti zat besi, zink dan kalsium, vitamin seperti vitamin A, C, dan E serta antioksidan seperti flavanoid dan asid phenolik.Penggunaan madu dalam kesihatan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu.

Sejak akhir-akhir ini, minat dan kajian mengenai madu ini dalam perubatan telah mendapat perhatian oleh para penyelidik di seluruh dunia termasuklah penyelidik dari universiti tempatan. Penggunaan dan kajian madu dalam pengubatan luka, lecur akibat kebakaran dan infeksi kuman telah dilaporkan. Walaubagaimana pun, kajian mengenai madu ke atas kesihatan reproduktif lelaki amat kurang dilaporkan walaupun terdapat penggunaan madu ini secara tradisional untuk kesihatan reproduktif lelaki di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


~SELAMAT BERAMAL~

:::Khasiat Buah Kismis:::

Kismis adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksijen ke otak ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

~SELAMAT BERAMAL~

:::Khasiat Buah Kurma:::

Pengenalan

· sejenis tumbuhan (Palma) atau bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh
dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
· Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.
· Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh
jenis.
· Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang
kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari.
· Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang
banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat 1
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

**Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Khasiat 2
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Khasiat 3
Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Khasiat 4
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Khasiat 5
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
~SELAMAT BERAMAL~

Tuesday, June 15, 2010

:::My Belated Bday Celebration:::

Location : Putra Ayu Restaurant, Padang Jawa, Shah Alam
Time : 8.30 pm - 11.00 pm
Date : 10th June 2010
TQ to all my lalinks a.k.a my BFF 4 the simple celebration but realy nice n sweet..i was realy apreciate it..btw, the chiken chop at this reataurant quite delicious..i'm fall in love wit their interior deco of this place..a good choice 4 who want to make their 1st date..hikhik...

even we had only 3 slices tp tak habis pon mkn..sbb all girls already full...errkkkk..alhamdulilah.. =)
TQ girls!love u! =)

Monday, June 14, 2010

:::Tragedi 14 Jun 200:::

Hari ni hari isnin..bgun pagi dgn rs 50-50 nk keje o tak sbb bdn sgt tak sedp..tp g jela keje cam biasela..bdn memg tgh tak sedap ni..tp kugagahi jua sbb mmg dah plan hri ni nak haf day...keje hri ni memerlukan aku utk turun g site..wpon bdn cam tak lrt tp aku wat2 larat...huh...pastu tak semena2..kat site aku pny kepala sgt dindong lalu aku suh abg driver benti kan kete tepi jalan...aku muntah kat tepi jalan tu gak..aduyaiiii..malu sgt!!!!!!!!!!tp nk wat cane dah mmg nak terkeluar..huhu...pastu tghri plan nak blik sbb ade hal...spttnya aku kena g klinik..tp ntahla...cam mls jer...ni skg pon bdn cam tak sedap...pastu aku da kena mrh dgn dia sbb tak g klinik...adoyai rs serba slh dgn diri sendiri plak..takpela hope sok aku sihat (wpon aku rs skg cam nak dmm)...msti sok kena bebel lg dgn dia sbb aku tak g jumpe doc mtk ubat...degilnyer aku ni..msti dia risau skg..tp takpela..aku kdg2 tersenyum bila tgk dia caring gak kat aku yer..hehe...tp ni klo mak abah tau pon komfem la aku kena bebel gak..sape la tak syg anak..huhu...semoga bdnku ini sihat sejahtera sok... ~