Sunday, November 15, 2009

My Abah & Abg Sepol's Birthday...

secara kebetulan..
pada 16 November adalah hari lahir org2 kesayangan aku iaitu abah "Mahadi Mohamed Ariff" dan abang "Mohd Shaifolnizham Mahadi"..short story pasal dua2 insan kesayangan aku ni..
abah...
sejak kecik lg..adik beradik sume rapat giler dgn abah..tp y peliknya mak kate..aku sorg je y taknak ngan abah..papehal sume nak ngan mak..hehe...sepanjang aku hidup..abah sgt byk berkorban..dia adalah ayah y terbaik..walau adakala aku terasa hati dgn ape y dia tegur..tp aku sedar tu sume utk kebaikan aku..aku tau abah syg aku...aku penah kena penampar dgn abah..hehe..ingat lg time tu aku drjah 4 kot..sebab aku ade buat sumthing y kuang ajo di mata dia..tu jela sekali aku kna penampar dia...
abah ni..dia ssh nak pamerkan kasih syg dia..nak ucap tu jao skali..yela name pon laki...mak selalu cta...dulu time aku dok asrama@hostel mak selalu call aku..tp sbnrnya abah y suruh..tp abah taknak ckp ngan aku..mak kate abah rindu..hehe..terharu gak..
lg 1 pasal abah..sush nak tgk dia mrh aku...tak taula nape..klo ade pape y dia tak puas hati..dia akan gtau mak..mak la y jd mangsa..then mak y akan sampaikan pesanan abah kat aku...sian kat mak...tp papepon..syg abah!!!
abg sepol..
beza umo aku ngan abg aku ni 8 tahun..dulu ms kecik2 aku dgn dia camtu2 jela...tp bila da semakin dewasa ni..bru aku rapat dgn dia...myb dulu jarak y terlalu jauh buat ktrg ade jurang..tp bila msg2 dah besar..msg2 ade cta then senang nak berkongsi..abg aku ni orgnya...baik..tp gaya ckp tu mcm nak mrh je..(pdhal dia tak mrh)..huhu..aku ingat lg..dgn abg aku ni dulu pon aku pnh kena sebat dgn hanger..ms tu darjah 5 kot...haha..sbb aku ni nakal sgt kot..tp sekali tu jela..lepas tu tak de dah..then 1 benda y paling aku tak leh lupe..ms form 3..aku nak dekat PMR..tp time tu aku ade bt hal skit y merisokan mak abah..then abg aku slow talk elok2 ngan aku..then aku sedar slh aku..aku pon terus tinggalkan perangai y tak elok tu..akhirnya aku berjaya dpt keputusan y agak baik...wlupun tak cemerlang sgt..hehe..thanks abg sepol..
so di hari ini..
aku ucapkan...
SELAMAT HARI LAHIR
semoga kalian dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki
sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat
sentiasa memberi kesihatan y baik kepada kalian
sentiasa melindungi kalian dri sebarang perkara y tidak elok..
LOVE ABAH & ABG SEPOL!!!

Makaroni Goreng Tomyam

untuk makluman korg..aku ni mmg suka memasak (ikut mood rajin gak)..hehe..then aku suka mencuba resepi2 y baru (buat resepi sendiri oter dri resepi asal..)..then inspirasi asal resepi ni adalah timbulnya di gerai mkn sek 2 shah alam..hehe..ade 1 hari tu aku g mkn dgn akak opis aku gak..nmpk sorg mamat ni mkn ns goreng tomyam dgn cukup berselera..aku pon nak try aplly kat makaroni aku..sbb selama ni aku goreng biase je..tp b4 ni aku tgk member aku si Muhamad tu pon syok je mkn nasi goreng tomyam ni..seriusly..mmg sedap resepi aku y ni!!!abg aku y tak mkn makaroni pon dah jd suka bila aku paksa dia mkn resepi aku ni..haha..thanks ye abg!!meh aku share resepinya...

bahan2 A:
bawang putih
bawang besar
buah tomato y masak
serai
bahan2 B:
cili boh
pes tomyam dlm peket
kicap
cili sos
garam
gula
daun limau purut
sayur-sayuran(ikut tekak masing2)
udang, sotong
telur
air
makaroni
**kuantiti ikutla kreativiti msg2..hehe
cara-cara masak:
1)kena rebus dulu makaroni (dlm air tu letak la myk skit n garam skit)
2)pastu dlm kuali lain tumis dulu bahan2 A..then dah wangi masuk plak bhan2 B..pastu dah agak2 best kuah tu masukkan la makaroni..eh lupa..nak lg cantik..goreng dulu udang, sotong ngan tlur tu..terlu tu hancurkan..dah last2 bru masukkan..sume ikot kreativiti ye...
pastu siapla dimakan...dijamin SEDAP!!!
SELAMAT MENCUBA
**tp kdg2 mknn y sedap tu dia tgk tangan gak..hehe**

Makaroni Cheese

nak dijadikan cta..ade 1 hari tu aku tersangatla teringin mkn western food..hehe..then ms g mkn dgn akak opis aku, ternampak 1 menu makaroni chese y sedap tu..tp aku tak order..aku mkn spagheti meetball..pastu esoknya aku teringat2 makaroni chese tu..tapi aku ni jeni klo nak..aku nak gak!!!(bak kata si dia)..hehe...aku pon g la ke supermarket..tp mls nak msk then aku beli je y instant pny makaroni cchese...itula rupenya bila dah jd (y kat atas tu)..seriusly nmpk mmg sedap!!tp bila mkn..Ya Allah..sedap tu sedap..tp dah masuk suap ke3 aku muak..hehe..aku pon mls dah nk mkn...aku ofer kat mak aku..tp rupa2nya mak aku ni lg pandai..dia g oter makaroni chese ni..tau tak dia letak pe??dia g campu dgn sambal ikan..haha...kombinasi agak pelik..tp serius sedap..takde rs muak sgt dah..sbb dia ade rs pedas2..pandai mak aku!!name pon org dah berpengalaman..terima kasihla kat mak sbb habiskan eh..hehe...tula cita makaroni chese aku...

Hati ini..

Hati wanita..
penuh dengan kelembutan..
walau sekeras mana pun sikapnya..
walau setinggi mana egonya..
bila berbalik pd hati..ianya seakan kain sutera..
cantik dipandang namun mudah terluka..
hati itu seakan keras..
sekeras kerak nasi..
namun akhirnya lembut jua jika sirami air..

namun..
hati itu jugalah..
yang bisa memafkan..
bisa bersabar..
walau apa saja rintangan y mendatang..
walau sekuat mana dugaan yang menimpa..
kerana hati wanita itu sudah lali teruji dgn pelbagai onar sepanjang hidupnya..

adakala..
hati wanita itu ingin dimengerti..
oleh insan y memahami..
hati wanita itu ingin dihargai..
walau hanya sekelumit..
hati wanita itu ingin disayangi..
utk lebih rs dikagumi..

hati wanita itu juga..
penuh dgn wajah2 insan y disayangi..
insan y dikagumi..
insan y sentiasa menemaninya...
sepanjang hidupnya..
dan mungkin hingga akhir hayatnya..

hati wanita itu..
penuh dengan parut luka..
namun ianya pasti terubat..
selari dengan waktu y berlalu..
bersama kebahagiaan yang disulam..
utk menyembuhkan segalanya...

hati wanita itu juga...
penuh dengan kemanisan & kebahagian..
namun ianya kadangkala pasti teruji..
dri y MAHA ESA..
namun ia sudah bersedia..
utk terima apa saja kemungkinan..

y akan berlaku pd hatinya..
kerana dia tau..
Tuhan itu sgt syg pada dirinya..

itulah hati wanita y bernama Siti Zawanah Mahadi

Thursday, November 12, 2009

Ape beza sahabat, kawan, rakan dan kenalan??

Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan.

Sahabat
Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.

Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.

Kawan
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


Kenalan
Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.

Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

saya mmg rmi kawan, rakan dan kenalan...tapi...sahabat yang sejati susah dicari..senang utk cari kawan y selalu kongsi kegembiraan tapi sukar utk mencari kawan untuk kongsi kesedihan...saya tau saya pon tak sempurna tapi sekurang-kurangnya saya menghargai org2 sekeliling yang menghargai saya...

saya baru sedar..ade segelintir org y saya anggap sahabat semala ini, rupa-runya hanyalah sekadar kawan sahaja..kerana dia hanya tunjukkan ciri2 sebagai kawan pd saya selama ni...