Ibu..
Seorang wanita berhati mulia..
Seorang srikandi yang hebat..
Seorang insan yang aku takkan terbalas budinya..
Budimu bak membina gunung untukku..
Budimu mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkanku..
Hanya Tuhan yang dapat membalasnya wahai ibuku..
Aku hanya mampu membahagiakanmu..
Ibu..
Pesanmu aku takkan lupa..
Jangan pernah tinggalkan aku sendirian..
Mengharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba ini..
kerana kau adalah semangatku..
Ibu..
Tanpamu di sisi..
sukar aku bayangkan hidupku tanpamu..
kau la teman..
kau la tempat mengadu..
kau la tempat bermanja..
kau la segalanya padaku..
sanggup ku korbankan apa sahaja hanya untuk membahagiakanmu..
walaupun adakala menggadaikan hati ku sendiri..
tapi itu semua aku lakukan kerana engkaula insan teristimewa dalam hidupku..
yang tiada gantinya..
Ibu..
walaupun kau sudah meniti usia..
namun ku doakan dan ku harapkan biarla aku yang pergi mengahadap-Nya terlebih dahulu..
kerana aku tak sanggup mengharungi saat2 tanpa dirimu di sisiku..
ku doakan kebahgiaan mu selalu...
SELAMAT HARI IBU
SAYANG MAK!!!!!!!!
~Prince & Princess of My Heart~