Sunday, December 5, 2010

::Ke'busy'an di Bulan Disember::

Lame nye tak hupdate blog ni..ni sume adalah gara-gara ke'busy'an diriku dgn mcm2 agenda di hujung2 tahun ni..bulan Disember ni boleh kate agak pack gak la aktiviti weekend..setiap minggu ade jer agenda nyer..sampai kena buat reminder kat hp..mane taknye takot terlupe plak nnt..
setiap minggu ade jer jemputan kenduri kahwin..y mn sempat tu aku pegi la..mn tak sempat tu kdg2 kirim or just mohon maaf ckp tak pat dtg la..time hujung tahun ni gakla kat tempat keje tu byk plak meeting n segala mcm benda nak suh setlekan b4 tahun depan..ish2..mane nak sempatnye..pdhl 2011 nak dekat sgt dah..buat n setle mane y sempat jerla..kekangan mase tu y menyebabkan byk mende takleh nak setle..
tp mende y best gak ujung2 tahun ni byk plak trip kat opis tu..msg2 nak habiskan bajet then buatla lawatan..so tu part y agak best la..hehe..insyaAllah klo takde aral aku g Kuching Sarawak 12-14 Disember ni..nnt gambar will update later la..
so,byk lg la aktiviti y kena atend ujung2 tahun ni..hehe..cewah cam menteri plak bz nye neh..huhu..y penting mase beronggeng tetap ader.. =)

::My New Family Members::

30 November 2010 jam lebih kurang 8.30 kot..tak surela..huhu... Lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Elman b. mohd Shaifol Nizham..hari ni baru berkesempatan tgk anak buah ku y ke 10 ni..hehe..lahir dgn berat 3.5 kg (agak berat tu)..papepon semoga awk cepat besar yer nnt boleh la acu buli kamu..hihi

p/s:later will update more pictures of him la.. =)

Thursday, November 18, 2010

:: CELEBRATING BIRTHDAY ::

Tarikh : 16.11.2010
Tempat : Rumahku Syurgaku
Masa : 9 pm - 11 pm
Yang Hadir : Keluarga & Saudara/Jiran Terdekat
Menyambut Hari Kelahiran Abah (16.11.2010), Abang Saiful (16.11.2010) & Ewan (30.11.2010)

Sesi memotong kek..si kecik Naufal wakil papa dia yang tak dapat datang sbb keje malam..

potong memotong...
p/s:abah sy men tu sepatutnye berlakon je potong tp ade ke dia g tenyeh kek tu sampai nak hancur..hihi

mari makan2 sume...

Sila lah menjamu selera ape y ader...

si 'naga' yang mmg suke mkn..huhu..

posing time....

makan+borak

kanak2 riang berposing

sukeyer mereka.. =)

close up!! =p

SGT HAPPENING MLM TU!! =))

:: DIA KESAYANGANKU ::

DIA
yang selalui mewarnai kehidupanku..
yang hampir melengkapi diriku..
yang selalu ada bersamaku..dalam semua situasi..gembira, sedih, kecewa, menangis..
yang sentiasa cuba membahagiakanku..
yang selalu menjaga hatiku..
yang sentiasa membuatkanku merasai pelbagai rasa..tertawa, menangis, kecewa, kuat..
namum dia tetap kesayanganku..
DIA
seorang insan yang kusayangi..
seorang insan yang selalu kurindui..
seorang insan yang selalu ada dalam hatiku..
seorang insan yang ku ingin bahagiakan..
yang selalu mahu lihat dia tersenyum..
selalu mahu lihat dia melalui kehidupannya dengan tenang..
DIA
yang kulihat selalu gembira melalui hari-harinya..
yang selalu tersenyum...
yang selalu membahagiakan insan lain..
adakala dirinya tidak lari dari diduga oleh yang MAHA ESA..
namun aku tau dia kuat menghadapinya..
kesedihan yang dilalui..
turut kurasakan peritnya..
tertusuk hati mendengar segala keluh kesahnya..
namun tiada yang mampu aku lakukan..
kecuali sentiasa berada disisinya selalu..
berkongsi segala rasa yang dirasainya..
mendoakan dirinya semoga sentiasa tabah melalui hari-harinya..
dan aku takkan pernah jauh darinya..
kerana DIA adalah kesayanganku..

:: DUGAAN HIDUP MANUSIA ::

WAHAI INSAN..
Dugaan pasti tidak akan pernah hilang dari kehidupan kita selagi kita digelar manusia dan masih bernyawa..
Dugaan itu sentiasa akan datang kepada setiap insan dengan cara dan jalan yang berbeza...
Sudah cukup kuatkah kita untuk menanggung segala keperitan hidup?
Mampukah kita menghadapi segala kemungkinan yang berlaku di dalam kehidupan ini?
Mengapa mesti kita yang terpilih untuk merasai kesengsaraan itu?
Mengapa kita jua yang teruji dengan ujian yang berat itu?
SESUNGGUHNYA...
tiada siapa yang mampu menjawab segala persoalan itu...
Kekuatan itu akan lahir dengan keredhaan kita dalam menerima dugaan tertentu dan bersujud memohon kekuatan daripada-NYA...
Sentiasa bersedia menghadapi setiap kemungkinan yang mungkin berlaku di dalam kehidupan...
Allah itu Maha Adil dan Mengetahui segalanya...Setiap perkara yang diturunkan kepada kita pasti ada sebab mengapa ianya terjadi..
Allah tidak akan memberikan dugaan tersebut jika kita tidak mampu untuk menanggungnya...
OLEH ITU...
Jangan sesekali mempersoalkan semua kesedihan dan keperitan yang dialami..
Kerana ianya bukanlah balasan yang Allah turunkan kepada kita di atas dosa yang pernah kita lakukan..
Dia ingin menguji sedalam mana iman kita...sejauh mana ketaqwaan kita terhadap-NYA...
Dia merindui kita untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya...
kerana dia adalah PENCIPTA kita...